Tujuh Remaja Lelaki Yang Dipercayai Sesat Di Gunung Hitam Ditemui Selamat

Tujuh Remaja Lelaki Yang Dipercayai Sesat Di Gunung Hitam Ditemui Selamat

Niat tujuh sekawan untuk bermandi-manda di sungai bertukar tragedi selepas mereka tersesat dan terkandas di lereng sebuah bukit di Jeram Gunung Hitam Hulu, Sungai Lui di sini pada Ahad.

Tujuh Remaja Lelaki Yang Dipercayai Sesat Di Gunung Hitam Ditemui Selamat



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 1.51 pagi Isnin.

ARTIKEL MENARIK:Undi Percaya PM Di Parlimen. Ini Kenyataan Tegas Majlis Presiden PH


“Kejadian melibatkan tujuh remaja berusia 18 tahun sesat di hutan ketika beriadah. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa telah ditemui oleh pihak Bomba dalam keadaan selamat, usaha membawa turun mangsa mengambil masa kira-kira empat jam, operasi mencari dan menyelamat tamat pada jam 6.30 pagi,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan tujuh remaja lelaki yang tersesat ketika aktiviti mendaki bukit di kawasan Gunung Hitam, Sungai Lui.

Sementara itu, Komander Operasi, Syahrin Yusma Mat Yusof berkata, seramai 36 orang anggota SAR termasuk lima penduduk tempatan terlibat dalam operasi yang bermula sejak jam 9.30 malam.

“Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi usaha membawa mereka keluar dijangka memakan masa sekitar empat hingga lima jam,” ujarnya.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 2 people and people sitting



Loading...



May be an image of tree, outdoors and text that says 'REDMI NOTE 8 AI QUAD CAMERA'

Sumber: Sinar Harian, Bernama via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post