Telefon Berdering Ketika KJ Tengah Berckap, Tindakan KJ Selepas Itu Buat Mereka Rasa Gerun

Telefon Berdering Ketika KJ Tengah Berckap, Tindakan KJ Selepas Itu Buat Mereka Rasa Gerun

Sudah menjadi perkara biasa buat pihak yang menghadiri mana-mana sesi press conference atau majlis tertentu agar sentiasa mengawasi telefon bimbit mereka dengan menukarnya kepada mode senyap atau m.atikan sebentar.

Telefon Berdering Ketika KJ Tengah Berckap, Tindakan KJ Selepas Itu Buat Mereka Rasa Gerun



Hal ini, jelas sekali sebagai tanda hormat sekaligus memberi laluan kepada jurucakap untuk menyampaikan ucapannya tanpa sebarang gangguan lebih-lebih lagi ketika dalam majlis rasmi.

ARTIKEL MENARIK:‘Abaah’ Berit4huBila Rakyat Patvt B0leh RentasNegeri Dan Munkiin RentasSemp4dan


Telefon bunyi ketika KJ bercakap

Pun begitu, keja.dian itu turut berlaku ketika pihak media menghadiri satu sesi press conference yang turut disertai oleh Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih disenangi dengan gelaran KJ.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Tiktok Sarawak News serta media yang lain menyaksikan saat-saat bilamana menteri itu tiba-tiba menghentikan ucapannya ketika menyedari bunyi telefon berdering tetapi tidak diangkat.

Beberapa saat selepas itu barulah pemilik telefon berkenaan bertindak mem.atikannya apabila menyedari perubahan ke atas t.indakan KJ yang mendiamkan diri.

Buang Telefon

Dalam pada itu, KJ sempat berseloroh agar individu terbabit membuang telefonnya sebelum beliau kembali menyambung berucap.

Pun begitu, menjengah pula ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ianya satu teguran yang agak s.inis walaupun zahirnya nampak KJ sempat gelak.

Dalam pada itu, ada juga yang mulai gerun dengan reaksi wajah KJ walaupun menteri itu bersembunyi di balik pelitup muka. Seolah faham dengan situasi mendebarkan ketika itu.

Reaksi Orang Ramai

Bini reporter tu kot. Siap2 nak pesan takut laki lupa balik nanti pi beli barang dapur pakej sekali kirim kudap2 mangga asam boi.

Dia malu nk angkat kot sbb guna fone tiga2 sekupang. Bila telefon berbunyi tapi buat taktahu.

MENTERI PALING BERFUNGSI? INI 6 FAKTA MENARIK TENTANG BAKAL PM, KHAIRY JAMALUDDIN

Kalau korang bukan jenis yang ambil tahu pasal politik pun, mesti korang kenal juga dengan individu bernama Khairy Jamaluddin. Lebih dikenali sebagai KJ atau Abah KJ (The real Abah). Yang pernah jadi Menteri Belia dan Sukan tu, dia juga baru je berkhidmat sebagai Menteri Vaksin dan sekarang dah jadi Menteri Kesihatan Malaysia pula.

Dengan segala drama yang terjadi dalam kerajaan sekarang, ramai terfikir apa yang akan terjadi kepada KJ. Sesetengah masih mengharapkan dia dapat teruskan kerjanya dalam mengetuai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)…

Dan ada segelintir yang melihat dia sebagai salah seorang calon terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang lebih muda, dalam masa yang sama Syed Saddiq pun dilihat sesuai.

Sudah semestinya, ada juga mereka yang tak berapa minat dengan KJ ni. Kita tahu dia ni jenis yang rebel dan lalang sikit, kalau kita tengok setakat ni pun dia antara ahli UMNO yang lantang bersuara terhadap partinya sendiri sampai ada orang dalam tak puas hati dengan dia. Dalam masa yang sama juga dia ada kawan-kawan dari semua parti politik negara kita.

Namun, KJ ni dah boleh dikira sebagai satu personaliti dalam politik Malaysia, even media selalu cover semua benda yang dia lakukan, walaupun ia benda kecil seperti KJ update media sosial dia je. Dalam pada itu, apa je yang kita tahu pasal abah KJ ni sebenarnya? Hari ni, kitorang nak hidangkan korang dengan trivia yang menarik tentang abah KJ ni…

1. Khairy bukan lahir di Malaysia, masa mudanya diluangkan di luar negara

Jadi fakta menarik pertama tentang KJ ni adalah tentang kehidupan dia lah, dia ni sebenarnya tak lahir kat Malaysia pun. Sebab dikatakan dia dilahirkan di Kuwait City, Kuwait pada 10 Januari, 1976. Ia disebabkan ayahnya, Jamaluddin Abu Bakar, adalah seorang diplomat yang pada mulanya adalah seorang ahli senior dalam Kementerian Hal Ehwal Luar negeri.

Lepas tu ayah dia naik pangkat jadi Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di United Kingdom. Ayah KJ bukanlah orang pertama dalam keluarga yang join politik ni, ini sebab atuk kepada Khairy, Abu Bakar adalah seorang ketua komuniti dekat kampungnya di Negeri Sembilan.

Untuk Khairy sendiri, pengembaraannya di dunia tidak terhenti di Kuwait. Ini kerana selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Singapore’s United World College sebelum mendapatkan Bachelor Degree dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi di Oxford. Dia meneruskan lagi pelajarannya untuk mendapatkan Master Degree dalam Teori Perundangan dan Politik di University College London.

2. Sebelum menyertai politik, Khairy pernah menjadi wartawan TV!

Jadi sekarang korang dah tahu kehidupan awal KJ, macam mana dengan kehidupan dia selepas keluar universiti dan sebelum join politik pula? Sebenarnya, dulu Khairy ni pernah jadi seorang wartawan dan juga penulis tau.

Pada 1998, NTV7 telah melancarkan program baharu mereka yang menumpukan hal ehwal semasa, ia dinamakan sebagai Dateline Malaysia. Pengacaranya tak lain dan tak bukan adalah Khairy Jamaluddin sendiri, di mana orang Sains Politik seperti John Hilley menggambarkan KJ sebagai bright and percocious.

Satu langkah agresif yang dilakukan KJ berdasarkan kenyataan Hilley, Khairy pernah menjemput pengarang daripada beberapa syarikat surat khabar tempatan bersama dengan beberapa wartawan daripada media luar negara untuk membincangkan tentang dakwaan bahawa media luar negara ini agak bias terhadap Malaysia.



Loading...


Lagi-lagi masa tu ada krisis politik yang agak besar terjadi kat Malaysia, yang paling popular kes liwat Anwar tu lah. Dalam program tu, Khairy akan ‘serang’ media luar negara tentang cara dorang melaporkan tentang insiden yang berlaku di Malaysia secara umumnya. Seperti mempersoalkan cara BBC melaporkan rakyat Malaysia sebagai uncivilised pygmies.

Dalam masa yang sama KJ juga membangkitkan bahawa media luar negara agak tidak sensitif bila mereka melaporkan tentang bangsa dan agama, itu mempersoalkan adakah mereka mempunyai cultural agenda disebalik cara mereka mengarang berita mereka itu.

Kita mungkin boleh cakap program itu agak kontroversi sikit lah kan lebih-lebih lagi NTV7 terpaksa berhenti menerbitkan Dateline Malaysia masa kes Anwar tengah jalan. Namun, agak sedih sikit lah kitorang tak dapat nak sediakan video temuramah kontroversi daripada KJ tu. Mungkin dekat arkib negara ada lah kot. Dalam pada itu, itu bukan sahaja kerja yang dia lakukan sebelum masuk politik.

Khairy juga pernah bekerja sebagai wartawan bersama dengan The Economist dan juga pernah menjadi penulis untuk Wall Street Journal, mana tahu ada antara kitorang (penulis SOSCILI) yang ikut jejak langkah KJ kan.

3. Kisah percintaan dia yang pernah jadi lagi popular dari karier politiknya

Baiklah, kitorang mengaku lah benda ni agak pelik sikit sampai nak bercerita pasal kisah hubungan KJ ni pula. Namun sebagai seorang lelaki yang boleh selalu dimomokkan dengan tall, dark and handsome ni rasanya tak salah kalau borak pasal benda ni . Khairy ni boleh dikatakan selalu mendapat perhatian daripada orang ramai.

Sebelum ni, cerita tentang kisah percintaan hidup KJ lagi banyak diperkatakan berbanding kisah politiknya. Sebagai contoh lah kan, walaupun dia dah pun berkahwin, pada 2006, ada khabar angin mengatakan yang Khairy membuat keputusan untuk menjadikan Maya Karin sebagai isteri keduanya. Namun, gosip tersebut telah ditepis dengan pantas oleh KJ dan Maya.

“Sekarang kami berdua dah pun mengeluarkan kenyataan masing, sekarang saya rasa lebih baik. Saya juga rasa Khairy dah menerangkan dengan jelas tentang khabar angin itu. Jika ada sesiapa yang masih nak percaya, tolong kemukakan bukti sekali. Saya terpaksa menerangkan benda ni hampir setiap tahun dan agak terkejut macam mana cerita macam ni boleh bertahan selepas sekian lama,” Maya Karin pada 2006, petikan dari The Star

Bukan Maya Karin je tau, ada juga yang kata dulu KJ ada hubungan cintan-cintun dengan Nurul Izzah. Cuma katanya tak direstui oleh Wan Azizah sebab ye lah kan, Khairy datang dari parti yang penjarakan bapak dia kot. Seperti apa yang dilakukan Maya Karin, Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan untuk menolak segala khabar angin itu.

“Hahaha. Tak pernah. Saya pun tak pernah berkenalan dengan dia walaupun pernah berjumpa di Parlimen. Orang zaman sekarang cepat sangat percaya segala benda yang mereka dengar,” Khairy pada 2011, petikan dari Yahoo News

Apa yang pasti dia dah pun bahagia selepas berkahwin dengan Nori Abdullah, anak kepada bekas PM Abdullah Badawi. Mereka juga dah mempunyai tiga cahaya iaitu Jibreil ‘Cougar’ Ali, Timor ‘Puma’ Abdullah dan Raif ‘Leo’ Averroes.

4. Khairy juga pernah menghabiskan masa lapangnya dengan berlakon

Mungkin skit lakonan KJ yang paling hebat setakat ni dalam video pendek ‘Meter‘ yang dikeluarkan pada 2009. Dalam video pendek tu Khairy telah mamainkan watak sebagai pemandu teksi yang juga bekas orang politik, dia bercakap tentang pelbagai benda seperti bola sepak tempatan dan juga bahasa kebangsaan. Kitorang tak nak spoil kat korang jalan cerita dia, korang boleh tengok dengan tekan di sini.

Lepas tu, KJ juga pernah memainkan watak sebagai penjual ayam percik. Benda tu jadi pada tahun 2013 di mana dia terlibat dengan filem pendek ‘Inspektor Mastura’, sebuah projek dibawakan oleh ‘Ikal Mayang’ yang mengeluarkan filem-filem pendek yang diarahkan oleh pengarah wanita. Katanya KJ agak hebat juga, ini selepas dia hanya memerlukan dua kali takes je untuk selesaikan pergambaran.

“Saya berjumpa Khairy semasa berada di sebuah program pada Oktober 2012 dan saya sentiasa tanya dia sama ada dia nak berlakon tak dalam filem pendek saya, ini disebabkan saya mahukan seseorang yang tiada apa-apa hubungan dengan industri hiburan. Tak sangka pula dia bersetuju,” Elaine Daly, Pengarah Inspektor Mastura pada 2013, petikan dari Asia One

Mungkin sebab KJ ada pengalaman kot, sebab dia pernah juga berlakon dalam beberapa video politik untuk berkempen sempena PRU14. Salah satunya bila dia jadi pembantu kedai mamak dalam video yang nak market kan manifesto kepada belia. Mungkin kalau KJ tak menjadi ahli politik, dia juga mungkin akan jadi pelakon atau pemuzik sebab dia ada bakat main drum juga!

5. Khairy didakwa terlibat dengan kumpulan rahsia yang mengawal negara

Hikayat Khairy (The Khairy Chronicles), buku yang menceritakan kisah hidupnya dari Oxford ke Putrajaya. Imej dari The Star

Jadi sesetengah warga lebih tua mungkin akan ingat benda ni, tapi bagi generasi milenial mungkin korang akan blur sikit kot. Menurut dakwaan orang ramai ketika itu, Khairy diakatakan mengawal negara ini bersama dengan bekas PM kita, Abdullah Badawi.

Pada pertengahan tahun 2000, KJ telah menjadi watak utama dalam sebuah buku yang dinamakan sebagai ‘The Khairy Chronicles‘, ditulis oleh seorang blogger yang infamous, Raja Petra Kamaruddin. Buku tu agak tebal dek kerana mempunyai 20 bab di dalamnya, ada sesetengah orang kata RPK bukanlah pengarang sebenar untuk buku tu, tapi ia still mendapat perhatian.

Buku itu juga mempunyai dua versi bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu, tapi yang paling menarik adalah tentang tuduhan di mana Khairy adalah individu utama yang membuat keputusan di Putrajaya.

“Saya tulis pasal dia sebab dia merupakan pendatang baru yang mempunyai potensi yang besar, orang ramai nak tahu apa yang membuatkan dia bagus. Tidak seperti Anwar yang bangkit hanya untuk menghentikan Dr Mahathir, Khairy sudah pun menjadi de facto Prime Minister… Dia adalah kuasa sebenar di belakang takhta itu,” Raja Petra Kamaruddin, petikan dari South China Morning Post pada 2006

Kitorang akan cuba untuk memudahkan cerita ni, macam ni, dikatakan sebenarnya Khairy adalah kepala dalam pasukan penasihat kepada PM Abdullah Badawi. Ia didakwa yang penasihat-penasihat ni boleh mempengaruhi pendapat PM dengan mudah sampaikan dorang dikira sebagai orang yang mengawal negara ni.

Malah, khabar angin itu bertiup sangat kencang sampaikan ada yang kata ia adalah penyebab kepada prestasi buruk BN pada PRU 2008, yang juga membawa kepada pertelingkahan diantara Tun Mahathir dan juga Pak Lah.

Walaupun dengan segala dakwaan tu, Khairy masih lagi menekankan yang ia hanya khabar angin yang palsu semata-mata, dengan kenyataan pada 2006…

“Ia merupakan salah satu cara untuk mencalarkan reputasi saya. Dalam masa yang sama, saya berasa agak terharu apabila seseorang sanggup menghabiskan masa dan duitnya untuk berfantasi dan juga memandai-mandai tentang perkara yang saya buat. Ini menunjukkan seseorang itu obses dengan saya. Saya minta maaf kepada penulis itu disebabkan hidupnya yang tiada erti. Individu itu pasti mempunyai perasaan yang penuh dengan kebenci.an dan kekecewaan sehingga sanggup buat macam ni,” Khairy, petikan dari The Star

Oleh itu, korang mungkin takkan jumpa buku tu yang original dah. Nampak seperti RPK sudah menarik balik tuduhan tu, ini termasuk pelupusan segala post daripada blog dan juga artikel lama berkenaan perkara itu. Dah senang-senang menuduh, tahu-tahu hilang macam tu je.


6. Tak macam ahli politik lain, KJ sebenarnya seorang Brigedier Jeneral!

Khairy dah pun tunjukkan semangat dan sokongannya terhadap negara melalui sukan, sentiasa berada di belakang pasukan negara tak kisah apa jenis sukan pun semasa dia jadi Menteri KBS. Walaubagaimana pun, dia naikkan level sikit dengan menyertai Rejimen Askar Wataniah. Dia dah pun menghabiskan latihan selama sebulan di Negeri Sembilan dan Johor, di mana dia memulakan karier dalam ketenteraan.

Pada tahun berikutnya, Khairy ambil keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan asas payung terjun bersama dengan Para ATM. Ni bukan setakat macam main payung terjun lompat dari atas Menara Kuala Lumpur tu, ni memang legit yangfree fall dari atas langit tu. Dan dia cemerlang bersama dengan 78 peserta yang lain. Keluarganya, termasuk ayah mertua Tun Abdullah Badawi pun datang tengok KJ.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk menyertai tentera, lebih-lebih lagi parachutting, sejak saya kecil lagi. Saya nak rasa pengalaman melompat keluar dari kapal terbang tu. Dalam masa yang sama, menyertai tentera ini merupakan salah satu untuk menunjukkan semangat patriotisme saya. Ia pengalaman yang sangat menakutkan pada awalnya, selepas praktis, saya sudah boleh mengawal perasaan dan menenangkan diri sebelum membuat lompatan,” Khairy pada 2011, petikan daripada NST

Dia kemudiannya berjaya mendapat pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Komander dalam Rejimen 508 Askar Wataniah di Rasah, Negeri Sembilan pada 2014. Dia upgrade lagi pangkatnya menjadi Brigedier Jeneral dalam Rejimen 508 dua tahun kemudian. Ini bermakna, Khairy merupakan tentera berpangkat tinggi yang juga memegang jawatan sebagai menteri Kabinet yang pertama.

Dukacitanya, dia punya masa dengan ATM dah pun habis, ini disebabkan KJ telah memberi surat letak jawatan daripada menjadi Komander dalam Rejimen 508 pada Ogos 2018. Dia juga sudah menyatakan yang itu merupakan keputusannya sendiri, ia disebabkan Khairy merasakan yang dia tidak lagi dialu-alukan dalam ATM ketika itu.

Berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa hadapan?

Sekarang ni kita semua tengah hadap krisis politik yang sangat teruk kat Malaysia, mana taknya, dah kalau dua kali tukar kerajaan dalam satu penggal. Ini disebabkan tak ada satu pihak pun yang mempunyai majoriti dalam parlimen sampaikan tak boleh mewujudkan kerajaan yang kukuh. Yang lagi tak best nya, semua calon-calon untuk memegang jawatan penting pun orang yang lebih tua.

Lagi-lagi jawatan Perdana Menteri, jadi mungkin Khairy merupakan calon muda yang terbaik untuk mengisi jawatan itu. Dengan track record dia yang cemerlang sebelum ni rasanya dia mampu melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang menggalas tugas itu, https://soscili.my/

Kredit : trendingsangat via Trending Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post