Senang betul buat skrub badan sendiri dengan minyak pati daripada Tanamera. Kena cuba, memang berhasil!

Senang betul buat skrub badan sendiri dengan minyak pati daripada Tanamera. Kena cuba, memang berhasil!

MEMANG sesiapa tidak dapat menafikan kewujudan ribuan produk kecantikan yang masing-masing mempunyai keistimewaannya sendiri.

Senang betul buat skrub badan sendiri dengan minyak pati daripada Tanamera. Kena cuba, memang berhasil!



Di Malaysia, apa yang penulis dapat katakan, inisiatif pengusaha lokal sangat dipuji.

ARTIKEL MENARIK:Petua Nenek, Gosok Kulit Pisang Di Muka Kalau Nak Wajah Flawless & Awet Muda


Namun, untuk mencari yang betul-betul asli tanpa bahan kimia dan dekat dengan alam semula jadi memang sukar.

Pun demikian, kehadiran syarikat penjagaan kulit perintis, Tanamera yang tampil dengan produk berkualiti amatlah dibanggakan.


Baru-baru ini, jenama yang dibangunkan oleh anak Malaysia itu telah diperakui oleh The Vegetarian Society of United Kingdom dan kini membawa tanda dagangan Vegan pada semua produknya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Tanamera Tropical Spa Sdn Bhd dan FA Herbs Sdn Bhd, Mohamad Faisal Ahmad Fadzil berkata, hasrat pihaknya untuk mencapai pensijilan Vegan Trademark menunjukkan komitmen kukuh pihaknya bagi memberikan yang terbaik dalam aspek keberkesanan dan produk-produknya yang mesra dengan alam sekitar.


"Pengiktirafan antarabangsa ini adalah langkah 'semula jadi' bagi dalam usaha ke arah kemampanan jenama kami.

Tanamera juga mahu produknya membuat perbezaan dan berinovasi bukan sahaja untuk para pelanggan, tetapi juga mengurangkan kesan terhadap alam semula jadi," katanya ketika ditemui dalam bengkel Grow and Concoct Your Own Skincare Remedy bersempena dengan pencapaian tanda dagangan Vegan terbaharunya secara maya baru-baru,



Loading...


Sempena kejayaan itu juga, pihak media diajak untuk melakukan skrub badan (body scrub) menggunakan bahan-bahan asas yang terdapat di rumah.

Selain itu, kami diajar untuk menanam beberapa pokok yang mudah ditanam seperti pokok ketumbar, rosselle dan thai basil.

Bengkel itu dilaksanakan oleh Tanamera dengan kerjasama Eats, Shoots and Roots dan Rawsome yang mempunyai visi dan nilai yang sama dengan Tanamera.

Kepada anda yang ingin tahu bagaimana penghasilan skrub badan atau body scrub dengan mudah dan pantas, berikut perinciannya:

Bahan-bahan:

-Serbuk beras
-Serbuk koko
-serbuk santan
-Serbuk Gotu Kola
-Essential Oil Tanamera (ikut suka, namun rekomendasi kami ialah Vanilla, baunya best tau!)


Cara-cara penyediaan:

-Campur semua bahan dan gaulkan hingga sebati.
-Body scrub sedia digunakan.
-Lulurkan pada tangan atau seluruh badan anda.

Nota: Kepada wanita hamil, anda disarankan menggunakan minyak kelapa dara ya!


Memang senang bukan? Tak sampai 10 minit pun. Cuba banding sebelum dan selepas anda diskrub, pasti berbeza! Memang tak sangka.

Kepada peminat Tanamera dan bakal pengguna baharu, semua produk jenama itu boleh didapati menerusi www.tanamera.com.my.


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post