Di laman twitter, nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew terus trending nombor 1 pada hari ini. Rata-rata mereka menyebut nama lelaki berusia 36 tahun ini gara-gara isu video lucah yang tersebar.
Dalam masa yang sama, pihak polis sedang giat menjalankan siatasan terhadap kes ini. Malah polis telah memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyebarkan video-video tersebut.
ARTIKEL MENARIK:[Terkini] Zydee One Nati0n Emcees KrltikaI, SaIuran Drah Ke 0tak Pcah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
Kononnya Ada Semboyan Membela Ebit Lew?
Ketika orang ramai sibuk berdebat mengenai penularan video lucah tersebut, muncul pula dakwaan mengatakan terdapat semboyan atau ‘cybertrooper’ yang ditubuhkan untuk membela Ebit Lew.
Hal ini telah didedahkan di laman twitter, iaitu sebuah akaun dengan nama @walski69 telah memuatnaik tangkap layar atau screenshot mesej Whatsapp dari sebuah private group.
“Semboyan meroyan sudah dibunyikan… So be prepared for a staged Mujahid Cyber tweet warfare, happening in 3, 2, 1…”-tulis akaun twitter @walski69 .
Dari tangkap layar yang didedahkan, ternyata wujudnya cybertrooper yang membela Ebit lew berhubung kes video lucah yang tersebar baru-baru ini. Malah dalam private group ini juga menyarankan ahli untuk membuka akaun palsu untuk menyerang dan kemudiannya menggunakan akaun sebenar pula untuk membela Ebit Lew.
Apakah ini benar-benar berlaku atau sekadar rekaan?
sumber: twitter
sumber: twitter
Difahamkan setiap ‘cybertrooper‘ yang dilantik telah mendapat elaun yang disediakan oleh sebuah pertubuhan tertentu.
Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada tangkar layar ini sahih atau palsu. Namun rata-rata netizen menganggap ia sebahagian dari agenda yang sengaja menghangatkan isu yang sedang menjadi berlaku pada masa ini.
Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik. Buat masa ini hentikan sebarang spekulasi siapa salah dan siapa betul, biarkan pihak berkuasa jalankan tugas dan menyiasat kes kontroversi ini.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment