Jaguh lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Ziyad yang bersaing dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) juga tidak mahu mensia-siakan peluang berharga beraksi di Stadium Olimpik pada hari istimewa buat Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS
Dia sangat berbesar hati sekiranya dapat meraih pingat emas buat negara pada hari bersejarah itu. Namun begitu, Emas yang sudah dalam gengaman, tiba-tiba di tarik balik
Lontaran emas Ziyad batal atau tidak? Tunggu penjelasan lanjut
“Kenapa pulak ni? Ziyad Zolkefli tetap juara kami!
Demikian perkongsian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai nasib Ziyad Zolkefli yang menggegar Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila mempertahankan pingat emas lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) bersama rekod baharu dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun persoalan timbul sama ada kemenangan itu disahkan atau dibatalkan.
Terdahulu, pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara itu dilaporkan ditarik semula selepas terdapat protes daripada peserta Ukraine.
Peserta Ukraine mendakwa, Ziyad lewat memasuki call room yang mana telah melanggar peraturan.
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan ringkas di dalam laman sosial Facebooknya berkata, perkara berkenaan masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protes Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.
“KSU Kementerian Belia dan Sukan bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes. Doakan,” katanya.
Kita tunggu penjelasan lanjut.
KJ Bersuara
Dalam pada itu, KJ mempersoalkan jika Ziyad lewat memasuki call room dan telah melanggar peraturan, kenapa dia di benarkan juga untuk bertanding
“This is a shameful decision. An absolute disgrace that goes against the spirit of the Paralympics. If it was a call room violation you should have not allowed them to compete in the first place. Mean spirited and petty. A stolen gold medal and world record”
Kredit -Trending Sangat
Post a Comment