JAKARTA – Seorang lelaki menjadi bualan netizen selepas tiga keping foto yang memaparkan dia ‘menikahi’ sebuah periuk nasi tular di Twitter, lapor laman berita Suara.com.
Menurut satu ciapan yang dimuat naik di Twitter @lagidirumah, pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam itu dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis ‘pernikahannya’ itu.
ARTIKEL MENARIK:BENGGANG Kerana Selalu Dibandingkan. Cucu Bakar Rumah.
“Putih, pendiam dan pandai memasak. Sangat diidamkan,” demikian kenyataan yang ditulis bersama foto-foto tersebut.
Pada foto pertama, Khoirul dilihat menegang periuk nasi itu yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.
Foto kedua pula menunjukkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala pada foto ketiga pula, dia kelihatan sedang duduk sambil menandatangani sehelai kertas.
Biarpun foto tersebut hanya satu jenaka, aksi Khoirul memecah tawa netizen dengan ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi.
“Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.
“Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” kata seorang lagi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Kredit -Trending Kini
Post a Comment