Gara-gara terdesak ingin membayar hutang ah long mencecah setengah juta, dua rakan bertindak memba.kar tiga buah kenderaan milik sendiri demi membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000, minggu lalu.
Taktik kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu bagaimanapun dihidu polis sebelum diberkas di sekitar bandar Melaka pada 13 dan 14 September lalu.
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Individu Yang Didkwa Selvdup Usahawan Kosmetik Tampil Dedah Cerita Sebenar
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek pertama membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta miliknya jenis Bently Continental GT (A) terba.kar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam dan mengalami kerosakan 70 peratus.
Katanya, polis kemudian menerima dua lagi laporan daripada individu lain mengenai kejadian keba.karan dua buah kenderaan jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.
“Apabila polis ke lokasi kejadian, kita dapati timbulnya keraguan daripada laporan yang dibuat mengatakan kenderaan tersebut diba.kar.
“Kita kemudian menahan pengadu pertama pada pukul 5.30 petang pada hari sama laporan dibuat bagi membantu siasatan manakala tangkapan suspek kedua dibuat keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, kedua-dua suspek dipercayai memba.kar sendiri ketiga-tiga kenderaan tersebut bagi membuat tuntutan insurans dengan jumlah anggaran RM250,000.
“Suspek merancang insiden tersebut sejak tiga bulan lalu demi melunaskan hutang ah llong sebanyak RM500,000,” ujarnya.
Tambahnya, kes tersebut adalah yang pertama membabitkan modus operandi memba.kar kenderaan sendiri untuk membuat tuntutan insurans.
Jelasnya, semakan lanjut mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes khianat dengan api, samun, curi dan dadah.
“Kedua-dua suspek kini masih direman dan kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan juga telah dilengkapkan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
“Selain itu, pihak polis juga akan membuka semula tiga kertas siasatan sebelum ini membabitkan keba.karan kenderaan untuk mengesan sama ada ia melibatkan modus operandi sama,” katanya.
Sumber : Utusan Online via Trending Kini
Post a Comment