Kemalangan Dua Beranak. Anak Maut Tercampak, Ibu Dikejar Ke Hospital

Kemalangan Dua Beranak. Anak Maut Tercampak, Ibu Dikejar Ke Hospital

Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang anak dan seorang ibu selepas anaknya yang berusia 25 tahun itu dikhabarkan maut akibat tercampak keluar dari kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu ibunya yang berlaku di Kilometer 11, Jalan Tenom-Keningau, baru-baru ini.

Kemalangan Dua Beranak. Anak Maut Tercampak, Ibu Dikejar Ke Hospital



Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 5 :30 petang itu menyebabkan mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian anggota badan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK:[GAMBAR] Nak Cuba Masuk Genting Highland Dari KL? Akibatnya, 12 Orang Dikompaun RM5k


Berikutan itu, ibu mangsa yang berusia 54 tahun itu dilaporkan juga mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tenom menurut laporan Awani.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid dalam satu kenyataan berkata , kemalangan yang melibatkan dua beranak ini adalah disebabkan oleh pertembungan antara kereta Proton Iswara yang dipandu ibu mangsa serta sebuah lagi kereta Perodua Myvi.



Loading...


Tambahnya, dikhabarkan pemandu kepada kereta Perodua Myvi dan juga anaknya tidak mengalami kecedaraan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandu Proton Iswara itu mengalami kecederaan dalaman dan terus dihantar ke hospital selepas ketibaan pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular satu rakaman berkenaan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Iswara serta Perodua Myvi yang memaparkan sebuah kenderaan terbalik di tepi jalan dan seorang mangsa terbaring dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Astro Awani via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post