KUALA LUMPUR – Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin Covid-19 bulan ini.
Berita gembira itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menerusi hantaran di Facebook milik baginda.
ARTIKEL MENARIK:WHO Pantau Varian Baru COVID-19, Dikenali Sebagai Varian ‘Mu’
Tunku Ismail bertitah, daripada jumlah dos vaksin itu sebanyak 1.76 juta adalah vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech.
“Sukacita saya ingin maklumkan negeri Johor akan menerima 1.9 juta dos vaksin Covid-19 pada bulan ini.
“Dengan jumlah dos ini, saya yakin seluruh bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi Covid-19,” titah baginda.
Terdahulu, pada Isnin lalu Tunku Ismail Isnin dilapor menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu mengadap baginda berhubung isu kekurangan vaksin di negeri itu.
Minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan ini.
Ismail Sabri berkata, negeri berkenaan adalah Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah yang masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus setakat ini.
Untuk rekod, hanya 47.8 peratus penduduk Johor sudah menerima dos vaksinasi lengkap manakala, 78.8 peratus penduduk negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, semalam. – MalaysiaGazette
Post a Comment