Gara-gara isu pingat emas milik Ziyad Zolkefli dibatalkan kerana aduan yang dibuat oleh atlet Ukraine, membuatkan segelintir rakyat Malaysia mengaitkan kejadian kapal terbang MH17 di Ukraine sebagai sumber untuk menghangatkan lagi keadaan.
Ukraine Dikaitkan Dengan Kejadian MH17
ARTIKEL MENARIK:“Apa Yang Perlu Syed Saddiq Buat Untuk Dapat perhatian Tuanku?” – Ini Jawapan ‘Padu’ TMJ
Selepas tujuh tahun kapal terbang MH17 di tembak jatuh di Ukraine, kini rakyat Malaysia mengaitkan hal tersebut dengan ‘rompakan’ pingat emas yang berlaku di media sosial.
“Masih ingat MH17. BATAL TOKYO. MEREKA TIDAK ADIL”
“Dunia mengingati Ukraine tembak MH17 kami. Dan selepas Ziyad kami pecah rekod dunia dan menang pingat emas, Ukraine cuba tembak jatuh Malaysia sekali lagi pada hari kebangsaan!!! #justiceforziyad”
Foto – Twitter
Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang berlaku pada atlet negara, dan mengecam Ukraine dengan mengaitkan kembali tragedi lama ini.
“Ziyad saya minta maaf, ini merupakan dua kali Ukraine main kotor dengan Malaysia. Saya belum sebut pasal MH17 lagi.”
“Perkara yang Malaysia hilang pada Ukraine: 1. #MH17 2. #ziyad pingat emas”
“Kami masih belum lupa pasal kejadian MH17 dan tak akan pernah maafkan dosa anda semua”
“Ingat bila Ukraine ambil 283 nyawa dalam kejadian MH17? Dan sekarang mereka ambil pingat emas kita. MALULAH UKRAINE! Keadilan buat Ziyad!”
Foto – Twitter
Mahu Isu MH17 Berhenti Diviralkan
Isu panas mengenai MH17 ini membuatkan segelintir rakyat Malaysia membantah tindakan rakyat Malaysia yang lain dengan mengaikan hal sukan dengan kejadian malang tersebut. Apatah lagi ia isu yang sensitif dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan hal sebegitu.
“Tolong jangan kaitkan kejadian MH17 dengan paralimpik. Cakap tentang kenapa Ziyad layak dapat pingat, cakap tentang pengurusan yang perlu dilakukan dengan lebih baik oleh komuniti.
Bawa semula kejadian 2014, tambah buli siber ianya bodoh dan tidak melakukan apa-apa keadilan buat Ziyad. Kita boleh lakukan lebih baik #Mas”
“Saya lihat tak perlu bawa isu MH17. Kita masih boleh bercakap tentang Ziyad, Ukraine, paralimpik dan bantah tanpa perlu sebut tentangnya. Hormati mereka yang masih bersedih dan terkesan sebab kejadian.”
Foto – Twitter
Rakyat Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggembar-gemburkan isu MH17, dan perlu menghormati keluarga mangsa yang membaca tweet di laman media sosial ini.
“Sebanyak mana saya setuju pingat emas Ziyad di rompak, tapi ianya tidak perlu naikkan isu MH17. Orang MATI. Dan jumlah besar yang tweet tak kan sama dengan angka kematian. 298 orang yang ada di MH17 dan mati. Bukan 283, 283 adalah jumlah penumpang.”
“Saya tahu rakyat Malaysia marah tapi saya fikir ianya tidak menghormati dengan ungkit hal MH17. Kenapa perlu kaitkan hal sukan dengan kematian orang kita. Ianya tidak hormat, bayangkan keluarga mangsa baca tweet netizen kaitkan mereka yang mati dengan sukan.”
Foto – Twitter
Walau marah macam mana sekalipun, tragedi hitam MH17 tidak sepatutnya dikaitkan dengan sukan hormati keluarga mangsa dan mereka yang telah tiada.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment