Nora Danish Bercuti Di Langkawi, Intip Harga Penginapan Yang Cecah Ribuan Ringgit

Nora Danish Bercuti Di Langkawi, Intip Harga Penginapan Yang Cecah Ribuan Ringgit

Umum mengetahui bahawa bermula 16 September, rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan melancong ke Pulau Langkawi menerusi Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama yang diperkenalkan kerajaan.

[GAMBAR] Nak Cuba Masuk Genting Highland Dari KL? Akibatnya, 12 Orang Dikompaun RM5k



Nora Danish Turut Ke Langkawi 


ARTIKEL MENARIK:Adik Bekas Pengacara TV Umum Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Sejenis


Menerusi projek ini, hasilnya bakal menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya. Dalam pada itu, seramai hampir 3,000 orang dikhabarkan telah ke pulau peranginan itu semalam (16 September 2021) termasuklah buat pelakon Nora Danish dan keluarganya.


Mencecah Lebih RM2,700 Semalam 

Dalam perkongsian yang dibuat Nora di laman Insta-story nya, difahamkan mereka sekeluarga telah menginap di sebuah resort mewah terkenal, Ritz Carlton Langkawi.



Loading...




Hasil carian Murai.my, Nora telah menginap di bilik jenis ‘villa’ yang turut dilengkapi dengan kolam renang peribadi serta mempunyai pemandangan laut. Harga penginapannya pula mampu mencecah lebih dari RM2,700 bagi satu malam pada hari biasa dan meningkat kepada lebih dari RM 3,100 pada hari minggu.


Selain Nora, jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida turut mengambil kesempatan untuk bercuti di Langkawi.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post