Difitnah Isu Cukai. DS Najib Razak Tidak Akan Maafkan.

Difitnah Isu Cukai. DS Najib Razak Tidak Akan Maafkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memaafkan ahli-ahli politik yang didakwa beliau sengaja menganiaya dan memfitnahnya membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Difitnah Isu Cukai. DS Najib Razak Tidak Akan Maafkan.



Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, sudah dua tahun beliau difitnah ekoran propaganda membabitkan namanya berikutan isu percukaian tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Dua Pemancing Ditemui Lemas Selepas Hilang Di Jeti


Katanya, beliau dimaklumkan siasatan awal selepas beberapa kenyataan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengesahkan ada unsur salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen kerajaan.

“Saya nak tahu siapa yang arahkan untuk kenakan cukai tambahan atas saya atas RM2.6 billion yang dikembalikan kepada penghantar selepas empat bulan tanpa memberi saya sebarang peluang untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai.

“Dah puas saya diberitahu untuk bayar dulu bincang kemudian supaya mereka boleh bankrapkan saya untuk putuskan riwayat politik saya. Terima kasih atas pemberi-pemberi maklumat sebab ingin mempertahan keadilan,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penggunaan dokumen palsu oleh LHDN susulan laporan dikemukakan Najib.



Loading...


Najib membuat laporan polis awal bulan in selepas menerima maklumat dan bukti kukuh bahawa pegawai yang terbabit dalam kes percukaiannya dan mendakwa ia melibatkan ahli politik tertentu.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib membayar kerajaan, melalui LHDN, tambahan cukai dan penalti sebanyak RM1.69 bilion.

Ini disusuli notis bankrap yang difailkan LHDN terhadap Najib pada 4 Februari lalu kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan RM1.69 billion dari 2011 hingga 2017.

Najib bagaimanapun berkata, seseorang kemudian memaklumkan beliau yang isu itu disiasat tiga kali sejak 2018 dan tiada sebarang salah laku ditemukan.

Sebaliknya beliau mendakwa ada ‘pegawai tertinggi LHDN’ yang mengarahkan penalti cukai dikenakan kepadanya atas arahan ahli politik tertentu.

Najib berkata, pegawai terbabit turut diarahkan tidak membenarkan kesnya dibawa kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan untuk rayuan dan meneruskan tindakan dengan mengisytiharkan beliau bankrap tanpa memberi peluang kepadanya mempertikaikan penilaian itu.

Sumber : UM via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post