Dari Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin ‘Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA’AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII’UL ‘ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun.” (Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: hadis hasan sahih
ARTIKEL MENARIK:4 Syarat & Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.
2. Pelbagai jenis zikrullah boleh dibaca, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.
3. Ada zikrullah yang digalakkan untuk dibaca pada pagi dan petang, antaranya:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui)
4. Barangsiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan dijauhi dari sesuatu kecelakaan.
Ayuh kita amalkan bacaan zikir ini yang boleh dibaca sebaik-baiknya selepas solat Asar dan Subuh.
Selamat beramal
Sumber: Kifarahmedia via karteldakwah
Post a Comment