Yasin Sulaiman berharap semua pihak dapat bersatu ketika waktu getir ini dan mengetepikan perbezaan politik masing-masing untuk memilih perdana menteri kesembilan Malaysia.
Kata penyanyi dan komposer itu dalam keadaan negara berdepan dengan situa.si g.etir ak.ibat C0vid-19 sekarang menjadi keperluan bagi semua pihak mengatasi kesusahan rakyat yang kian terhimpit.
ARTIKEL MENARIK:Janji Nak Pulang Bila Kerajaan Dah Bertukar, Caprice Jawab Pertanyaan Peminat – Tidak Suka Sentiasa Menjadi Betul.
“Amalkan toleransi untuk membuat pilihan terbaik. Seboleh-bolehnya ketepikan dulu kemaslahatan kepartian.
“Saya juga berharap akan ada semangat yang baik dan tiada perebutan kuasa hingga menjejaskan rakyat,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu Yasin menyatakan dia cenderung mahukan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru mengisi kekosongan yang ditinggalkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Harapan berkenaan, kata penyanyi Kerna Dia itu, adalah disebabkan dia melihat Anwar memang memiliki ciri yang layakan untuk memimpin negara.
“Anwar adalah pemimpin terbaik rantau ini dari segenap aspek,” katanya.
Pemilik nama penuh Mohamad Yasin Sulaiman itu berkata demikian selepas mendedahkan ada beberapa rakan menyatakan mereka ‘menolak’ Anwar.
Hormati pilihan seseorang
Yasin, 45, juga terkilan kerana orang yang menolak Anwar itu juga tidak tahu alasan sebenar mengapa mereka berfikiran sedemikian.
“Bila saya tanya beberapa rakan kenapa tolak Anwar dia (mereka) tak boleh jawab. Dia hanya ikut-ikutan tak tahu apa-apa, mudah diperdaya dengan isu agama dan bangsa, jiwa telah rosak,” katanya.
Justeru katanya, jika tidak menyukai seseorang biarlah berpada-pada dan bersandarkan pada alasan yang kukuh.
“Kalau tak suka seseorang tu biarlah atas sebab munasabah bukan kerana ikut-ikutan,” katanya.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin serta seluruh anggota kabinet dan ia berkuat kuasa serta-merta.
Sementara menunggu ahli parlimen baru dilantik menjadi perdana menteri baru, Agong berkenan agar Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara.
Sementara itu Andy Flop Poppy pula berkata, jika ditanya kepadanya siapakah yang menjadi pilihan untuk dilantik menjadi perdana menteri, dia memilih orang selain Anwar.
Alasan penyanyi itu dia tidak menggemari Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.
“Kalau kau tanya pendapat aku, aku tidak suka Anwar Ibrahim. Walau dia tidak mengenali aku dan aku tidak mengenali dia secara peribadi,” katanya.
Pun begitu Andy mengakui dia jarang berbual hal-hal berkaitan politik.
Pada ruang komen pula, Andy menjelaskan apa diutarakannya itu tidak ada kaitan dengan sebarang kepentingan atau kecenderungan dalam berpolitik.
“Pilihan saya kerana tiada kepentingan saya dalam politik melainkan mencari barokah dengan pemimpin yang jujur pada rakyat.
“Ini adalah pilihan dan ruang saya. Bukan medan perang. Kita belajar hormati pilihan orang lain secara terhormat, itu saja,” katanya.
Exco pemuda Umno: Jangan biarkan PH kembali tadbir negara
Setelah tumb4ngnya kerajaan Perikatan Nasional semalam, exco pergerakan pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris mengingatkan ahli partinya agar jangan biarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula kerajaan.
Sebaliknya, dia berkata parti itu perlu bertegas terhadap semua ahli parlimennya berhubung pendirian Perhimpunan Agung Umno sebelum ini, iaitu menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan D4P.
“Saya menyeru agar seluruh ahli parlimen Umno bersepakat memilih calon perdana menteri yang dapat membawa Malaysia keluar dari krisis Covid-19, berkredibiliti, diterima rakyat, berkebolehan memimpin negara, mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin luar negara dengan tujuan dapat memulihkan ekonomi negara, sekaligus menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat.
“Calon tersebut juga haruslah berkeupayaan untuk menyatukan kembali perselisihan dan mengangkat imej parti.
“Jangan biarkan kerajaan PH kembali mentadbir negara kerana kita tidak mahu episod ngeri 22 bulan berulang kembali kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.
Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis.
Wan Muhammad Azri turut menyeru supaya semua pemimpin Umno yang sedang berhadapan di mahkamah dapat dibicarakan dan dihakimi dengan adil tanpa campur tangan politik.
“Persepsi rakyat waktu ini juga melihat dan tertanya, adakah pemimpin Umno yang didakwa di mahkamah akan digugurkan kesnya selepas ini?
“Saya juga termasuk dalam kluster mahkamah kerana ada kes yang dituduh sewaktu PH merupakan kerajaan,” katanya.
Kredit -Trending Kini
Post a Comment