Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kembali dilantik semula menjadi Menteri Kewangan, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jawatan tersebut didukung oleh dua timbalannya, iaitu Timbalan Menteri Satu, Mohd Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri Dua, Yamani Hafez Musa.
ARTIKEL MENARIK:TERKINI: Khairy Jamaluddin Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan
Dalam masa sama, jawatan Menteri Alam Sekitar juga kekal dipegang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, disusuli timbalannya Datuk Dr. Mansor Othman
Ismail mengumumkan sedemikian dalam siaran langsung pengumuman barisan jemaah Kabinet baharu kerajaan hari ini.
Dalam jemaah Kabinet baharu kali ini, terdapat 31 menteri serta 32 timbalan menteri yang dilantik, 80 peratus daripadanya merupakan wajah-wajah lama dalam Kabinet terdahulu.
Jelas Ismail, barisan kementerian yang dilantik hari ini adalah merupakan kombinasi mereka yang berpengalaman membantu negara mendepani krisis pandemik COVID-19.
Dalam masa sama, tiada jawatan bagi Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan kali ini, sebaliknya Perdana Menteri didukung oleh empat menteri kanan.
Empat menteri kanan berkenaan adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin serta Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mengimbas kembali, KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada Khamis semalam.
Menerusi sesi menghadap yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.
Sumber: RTM via Siakap Keli
Post a Comment