[TERKINI] Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi Hari Ini Dengan 21,668 Positif Covid-19

[TERKINI] Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi Hari Ini Dengan 21,668 Positif Covid-19

Hari ini (12 Ogos 2021), Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod kes jangkitan harian tertinggi dengan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 21,668 kes. Ini menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat ke 1,342,215 kes.

[TERKINI] Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi Hari Ini Dengan 21,668 Positif Covid-19



Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya.

ARTIKEL MENARIK:Sultan Johor beri amaran bubarkan Dun jika ada usaha jatuhkan k'jaan


Mengikut pecahan kes, Selangor masih lagi menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan jumlah kes positif harian sebanyak 6,278 kes.

Ini diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 2,436 kes, Kedah 2,143 kes dan Sabah sebanyak 2,052.

Kalau sebelum ini Perlis sentiasa menjadi negeri terendah, hari ini Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kes terendah sebanyak 11 kes, diikuti Perlis 23 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 56 kes.

Kedah – 2,143 (63,433)
Pulau Pinang – 1,229 (56,633)
Kelantan – 972 (53,633)
Perak – 930 (47,570)
Melaka – 494 (37,652)
Pahang – 629 (31,482)
Terengganu – 594 (22,782)
WP Labuan – 11 (9,734)
WP Putrajaya – 56 (4,717)
Perlis – 23 (910)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 12, 2021

Kelantan dan Negeri Sembilan yang mencatatkan kes empat angka semalam telah menunjukkan penurunan hari ini sebanyak 972 kes dilaporkan di Kelantan dan 899 kes di Negeri Sembilan.



Loading...


Rata-rata netizen yang melihat pengumuman ini meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dengan PPV yang menerima walk in selepas banyak video tular menunjukkan orang ramai berhimpit untuk mendapatkan vaksin.

Screenshot 2021 08 12 at 3.45.14 PM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post