‘Syukur Alhamdulillah’- Mawar Rashid Terharu Ustaz Ebit Lew Sudi Bantu Suami

‘Syukur Alhamdulillah’- Mawar Rashid Terharu Ustaz Ebit Lew Sudi Bantu Suami

Isteri mana yang tidak gembira dan terharu bila mana suami yang dikasihi sentiasa memperbaiki diri dengan menimba ilmu agama, itulah gambaran perasaan Mawar Rashid apabila suami tercinta Raf Yaakob menuntut ilmu agama bersama ustaz Ebit Lew baru ini.

‘Syukur Alhamdulillah’- Mawar Rashid Terharu Ustaz Ebit Lew Sudi Bantu Suami



Mawar Sebak Dan Bersyukur Suami Menuntut Ilmu Agama


ARTIKEL MENARIK:Lantik Menteri Dari Parti Pembangkang? Normala Samsudin Komen Barisan Kabinet Yang Baharu


Dipetik dari hantaran Mawar di akaun Instagramnya baru ini, usahawan jelita ini meluahkan rasa sebak, terharu serta rasa bersyukur terhadap keinginan suami untuk menuntut ilmu agama dan sekaligus membuatkan Mawar berasa bangga dengan perubahan suaminya itu.

“Bagusnya abang.. Saya berbangga dengan abang dan saya sentiasa akan memandang abang ke atas. Hari ni rasa sebak rasa syukur terharu suami Mawar keluar 3 hari menuntut ilmu agama Islam.. Terima kasih ustaz @ebitlew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.”


Foto – Instagram @mawarashid

Mawar juga menyatakan suaminya itu ingin melakukan apa saja untuk menambahbaikan keluarga dan dalam masa yang sama ingin membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.



Loading...


“Ingat lagi abang cakap “apa saja untuk menambah baikkan keluarga abang, apa saja untuk pahala dunia akhirat. Abang akan pergi Anje, abang nak bimbing keluarga abang ke jalan Allah S.W.T”

Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana suami Mawar antara yang terpilih untuk lebih mendekati Mu dan Rasulullah S.A.W”

Raf Yaakob Akan Manfaat Ilmu Sehingga Hujung Nyawa

Dipetik dari akaun Instagram Raf pula, suami kepada Mawar Rashid ini kelihatan lebih tenang, dan menyatakan akan mengamalkan segala ilmu yang diberi sehingga nyawa dikandung badan.

“Pesan seorang guru ke muridnya: “Dapat Allah SWT, dapatlah semuanya. Hilang Allah SWT, hilanglah semuanya”

JazakaAllah YM Ustaz @ebitlew atas ilmu-ilmu malam ni. Akan Raf manfaatkannya hingga hujung nyawa. Insyaa’Allah”


Foto – Instagram @rafyaakob

Semoga ilmu yang ditimba diberkati Allah S.W.T, perubahan yang baik untuk orang ramai contohi dengan menuntut ilmu agama.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post