Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, tapi masih belum sedarkan diri

Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, tapi masih belum sedarkan diri

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, tapi masih belum sedarkan diri



Menerusi perkongsian di laman Instagram Indigital Music, pengurusnya Nana Mohd Rom memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar Sarah bersama suaminya, Shuib Sepahtu.

ARTIKEL MENARIK:Kanser perut sebesar bola, Emma Akma perlu bantuan kos pembedahan



Bagaimanapun, penyanyi berusia 37 tahun itu masih belum sedarkan diri selepas terpaksa ‘ditidurkan’ di unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut kerana perlu direhatkan secukupnya.

“Keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Kelmarin, penyanyi lagu Semakin itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk dan tidak selesa berikutan tahap oksigen yang kurang stabil.



Loading...


Alhamdulillah… cuma keadaan Sarah agak kritikal

Sumber: Instagram Indigital Music & Shuib Sepahtu via Oh My Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post