Donat yang lembut dan gebu semestinya digemari ramai. Sekali gigit, doh seakan cair di mulut. Nikmatnya. Namun bila sudah banyak resipi yang dikongsi, ramai yang keliru mana satu resipi donat gebu yang harus dicuba terlebih dahulu.
ARTIKEL MENARIK:Kek Pisang Kukus Gebu Ya Amat, Sedap Dimakan Panas-Panas
CARA BUAT DONAT YANG LEMBUT, GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN A:
1 paket yis kering mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
Anggaran 1 cawan air suam
2 sudu teh gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
BAHAN C:
Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A, B & C ke dalam bekas. Kemudian uli hingga sebati. (empunya resipi uli guna Breadmaker selama 30 minit).
2. Bila doh telah sempurna, bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan doh bulat-bulat dan buat lubang.
3. Agak-agak doh sudah mengembang hampir 2 kali ganda dari saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana hingga masak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan doh.
4. Angkat donat, toskan minyak dan salutkan bersama gula.
5. Donat gebu yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Shuhada’ Ahmad Mahir via Rasa
Post a Comment