“Please Stay Strong.”-Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif COVID-19

“Please Stay Strong.”-Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif COVID-19

Pelakon, Yana Samsudin memaklumkan bahawa seluruh ahli keluarganya yang berada di Yong Peng telah disahkan positif Covid-19.

“Please Stay Strong.”-Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Yana Samsudin Positif COVID-19



Ibu & Bapa Positif Covid-19


ARTIKEL MENARIK:Mahu Tunaikan Solat Jumaat, Fizz Fairuz Kecewa Ditahan Dari Masuk Masjid


Menerusi Instagram, Yana Samsudin telah memuatnaik fotonya bersama keluarga dan mengesahkan ibu dan bapanya antara yang dijangkiti covid-19.

“Bismillah, Results keluar today..

All my family members at Yong Peng Johor positive covid-19.

Astaghfirullahalazim..

Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya..

Mak. Abah dan semuanya, please stay strong. Kami jauh.”- kongsi Yana

“12 Orang Termasuk Anak-Anak”-Yana Samsudin

Bintang filem Bini-Biniku Gangster ini turut memaklumkan pada Ahad menerusi Insta Stories, bahawa seramai 12 orang ahli keluarga termasuk anak-anak saudaranya telah disahkan positif covid-19.



Loading...


“Assalamualaikum.. dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya, iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19.

12 orang semuanya termasuk anak-anak.

Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh buat swab test. Sebab Kak Long saya tidak bergejala. Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala.

Sama-sama kita jaga kesihatan #KitaJagaKita #Covid-19”- kongsinya lagi


via Instagram @yanasamsudin

Sama-samalah kita doakan agar seluruh keluarga Yana Samsudin diberi kesembuhan dengan cepat.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post