Pelawak terkenal ditahan polis, bantu siasatan kes pemerdagangan orang

Pelawak terkenal ditahan polis, bantu siasatan kes pemerdagangan orang

Seorang pelawak terkenal Tanah Air telah ditahan pihak polis pada hari Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di sebuah hotel.

Pelawak terkenal ditahan polis, bantu siasatan kes pemerdagangan orang



Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan yang lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil siasatan pihaknya.

ARTIKEL MENARIK:‘Kita Tengok Berapa Duit Yang Dia Ada’ – Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang


Seorang wanita diselamatkan

Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bertujuan untuk dieksploitasi.

“Menerusi Ops Pintas, kami menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” katanya

Pelawak ditahan reman

Dalam serbuan tersebut, pihak polis juga telah merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.


Loading...


Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenalpasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang ini,” ulas Amran  lagi.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi) via ohmymedia



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post