“Niat Untuk Masuk Islam Sudah Ada Sejak Dulu Lagi Dan Kami Perlahan-Lahan Belajar”-Ka Lian

“Niat Untuk Masuk Islam Sudah Ada Sejak Dulu Lagi Dan Kami Perlahan-Lahan Belajar”-Ka Lian

“Niat Untuk Masuk Islam Sudah Ada Sejak Dulu Lagi Dan Kami Perlahan-Lahan Belajar, Mula-Mula Sekali Kami Tinggalkan Semua Makanan Dan Minuman Yang Tidak Halal”-Ka Lian

“Niat Untuk Masuk Islam Sudah Ada Sejak Dulu Lagi Dan Kami Perlahan-Lahan Belajar”-Ka Lian



IPOH – Keluarga Ling Ka Lian yang menerima kunjungan pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew sebelum ini mengakui telah memendam hasrat untuk memeluk Islam sejak enam tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Isteri Pertama Dikecam Kerana Tular Kisah Penceraian Suami Dengan Isteri Kedua, Rupa-Rupanya..


Ka Lian bersama anak sulung, Ling Wei Peng, 11, dan anak keduanya, Ling Wei Hong, 10, ketika ditemui di gerai buah-buahan diusahakan mereka di Medan Gopeng, Ipoh.

Ka Lian, 37, berkata, hasrat itu bagaimanapun lama tertangguh kerana kealpaan sendiri yang tidak mengetahui prosedur sebenar untuk masuk Islam.

Mohd Hafiz Ng (kiri) yang membantu pengislaman Ka Lian sempat mengunjungi keluarga berkenaan di gerai buah-buahan yang diusahakan mereka di Medan Gopeng, Ipoh.

Menurutnya, meskipun begitu, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tetap cuba mempraktikkan kehidupan sebagai Muslim dengan mempelajari asas solat, berpuasa di bulan Ramadan dan tidak menyentuh makanan serta minuman yang dilarang Islam.

“Niat untuk masuk Islam sudah ada sejak dulu lagi dan kami perlahan-lahan belajar, mula-mula sekali kami tinggalkan semua makanan dan minuman yang tidak halal.

“Kemudian cuba belajar berpuasa diikuti cara solat, bagi saya perkara itu tidaklah susah sebab hampir 90 peratus kawan-kawan saya semuanya Melayu dan saya sebenarnya banyak belajar daripada mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, kepercayaan bahawa hanya tuhan yang satu patut disembah menguatkannya untuk membawa keluarganya memeluk Islam.

“Saya percaya yang kita patut sembah satu tuhan dan ALLAH adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah. Kepercayaan itu yang mendorong saya untuk memeluk Islam.



Loading...


“Saya dan keluarga kini berasa sangat tenang kerana niat untuk memeluk agama ini akhirnya tercapai, apatah lagi ia direstui kedua-dua keluarga,” katanya.

Kisah pengislaman Ka Lian bersama isteri, Ting Mei Lee, 32, dan enam anak mereka berusia lingkungan 11 tahun hingga bayi berusia dua minggu tular di media sosial selepas dikongsi Ebit Lew menerusi hantaran di Facebook dan Instagram milik beliau.

Keluarga berkenaan memeluk Islam pada pertengahan Oktober lalu dengan bantuan Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) Ipoh yang juga Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Perak, Mohd Hafiz Ng Abdullah.

Ka Lian yang kini menetap di Taman Botani, Ipoh sebenarnya tidak menjangkakan kehadiran Ebit Lew dan mengakui sangat terperanjat melihat kereta membawa pendakwah itu berhenti di hadapan gerai buah-buahan miliknya di Medan Gopeng di sini.

Mohd Hafiz Ng (kiri) yang membantu pengislaman Ka Lian sempat mengunjungi keluarga berkenaan di gerai buah-buahan yang diusahakan mereka di Medan Gopeng, Ipoh.

“Bulu roma saya meremang melihat dia ada di hadapan kedai, rasa tidak percaya, sebab itu isteri dan anak-anak saya tidak melepaskan peluang mahu bergambar dengannya.

“Tambahan pula isteri dan anak-anak saya memang peminat ustaz (Ebit Lew), hari-hari mereka tonton video dikongsi ustaz dalam Instagramnya sehinggakan pernah menangis apabila ada video yang ditonton itu menyentuh hati mereka,” katanya.

menurutnya, menerusi pertemuan singkat itu, banyak perkongsian diberikan, paling terkesan apabila Ebit Lew memberikan kata-kata semangat dan menitipkan pesanan agar mereka sekeluarga tidak sesekali meninggalkan solat lima waktu dan berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira agama serta bangsa.

“Ustaz (Ebit Lew) cakap dengan cara itu, diri kita akan terjaga dan apa sahaja yang dihajati nanti akan dimakbulkan tuhan.

“Insya-ALLAH, kami akan jadikan pesanan ini sebagai pedoman hidup, mohon semua doakan kesejahteraan kami sekeluarga,” katanya.

sumber: sinar harian via Trending Sangat

Kongsisibomonicko tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post