Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah, Dah Kenapa Pula Tu?

Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah, Dah Kenapa Pula Tu?

Beberapa status tulisan abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin yang pernah ditulis sejak tahun lalu tular di Twitter sejak semalam.

Netizen Korek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah, Dah Kenapa Pula Tu?



Menerusi tangkap layar yang dikongsikan pengguna media sosial Twitter, Ahmad Firdous pernah beberapa kali menyatakan pandangan mengenai pengambilan vaksin.

ARTIKEL MENARIK:10 tahun tunggu, jururawat pergi dulu sebelum tatap wajah bayi lelaki, akibat Covid-19 jangkit daripada pesakit


Di samping status Ahmad Firdous itu juga diletakkan bersama keadaan terkini dirinya yang turut menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan netizen berkongsi semula pandangan Ahmad Firdous di ruang Facebooknya sebelum ini.

Untuk rekod, Ahmad Firdous dimaklumkan oleh Shuib dijangkiti virus berbahaya itu pada 11 Ogos lalu selang dua hari selepas pemergian Siti Sarah.

Ahmad Firdous kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang sehari kemudiannya namun dilaporkan telah kembali stabil pada Jumaat lalu.

Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin lalu.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. – Gempak

Abang Siti Sarah Pula Positif COVID-19, Shuib Rayu Doa Ramai – “Tahap Oksigen Dia Menurun, Saya Fobia!”

Belum pun sembuh luka kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin, kini abangnya. Ahmad Firdous pula disahkan positif virus COVID-19.



Loading...


Menurut Shuib, abang iparnya itu sedang dirawat di Hospital Serdang, Selangor.

Lebih membimbangkan apabila paras oksigen dalam badannya menurun.

“Bila saya dapat tahu tahap oksigen dia, saya terus pergi ke hospital. Saya dah jadi fobia.

“Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdulillah stabil.

“Saya mohon orang ramai doakan kesembuhan dia. Tolong doakan abang ipar saya terus kuat,” katanya selepas majlis tahlil Allahyarhamah Siti Sarah sebentar tadi.

Dalam pada itu, Shuib berkongsi rasa gembira dan teruja apabila bakal bertemu permata hati bongsunya, Ayash Affan pada Rabu.

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia.. tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” ujarnya.

Allahyarhamah Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka melalui pembedahan tanpa sedar kira-kira pukul 5 petang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:


Kredit -Trending Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post