Gara-gara menolak suntikan vaksin COVID-19, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang anggotanya bakal diberhentikan dalam masa terdekat.
Melihatkan isu yang tular ini, pelakon Rita Rudaini tidak terlepas daripada memberi responnya.
ARTIKEL MENARIK:“Kejap Je Manusia Nak Insaf Dan Takut COVID”- Linda Rafar
Dipetik daripada Kosmo, pembuangan seorang anggota berpangkat sarjan, Wan Ramli dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengatakan dia mempunyai hak untuk menolak. Ini kerana perkara itu belum diwajibkan secara sepenuhnya pada petugas barisan hadapan.
Foto – Utusan
Pelakon Rita Rudaini yang melihat berita yang tular itu menyifatkan perkara ini tidak patut dilakukan. Akuinya disebabkan oleh anggota terbabit menolak suntikan vaksin, ramai yang bertindak menjadi kejam dan memaksa beberapa pihak untuk menerimanya.
“Makin gila, makin kejam dan makin jauh sangat manusia-manusia ni. Moga Allah balas segalanya kepada mereka yang bertanggungjawab aniaya Sjn Wan Ramli dan mereka yang mengecam dan mengutuk beliau.
Jasa selama 19 tahun tidak dipandang”, tulisnya.
Foto – @ritrud727 (Instagram)
Tambahnya disebabkan oleh penolakan suntikan vaksin ini, banyak pihak menjadi lupa akan jasa dan khidmat anggota tentera terbabit pada negara. Dia juga berharap beberapa pihak yang bersikap tidak adil ini diberikan balasan.
Sekadar info tambahan, Wan Ramli Wan Seman yang berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan tentera dipecat daripada perkhidmatannya berkuat kuasa pada 26 Ogos 2021. Pada masa yang sama, anggota ini bakal kehilangan wang pencen yang layak diterimanya.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment