Makan Durian Berama-ramai Semasa IG Live, Usahawan Kosmetik Dipanggil Polis

Makan Durian Berama-ramai Semasa IG Live, Usahawan Kosmetik Dipanggil Polis

Selari dengan kes pandemik yang semakin meningkat, kita dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Makan Durian Berama-ramai Semasa IG Live, Usahawan Kosmetik Dipanggil Polis



Namun sejak semalam kita dikejutkan dengan video siaran langsung seorang usahawan kosmetik yang rancak menikmati durian dengan beberapa orang tetamu.

ARTIKEL MENARIK:“Demam sikit saja ragut nyawa,” Hanya Mampu Lihat Jenazah Adik Menerusi Cermin, Kakak Luah Rasa Sayu


Tangkap layar dari media sosial seseorang individu telah tular pada Jumaat kira kira 1:10 petang.

Video tersebut viral dan mencetuskan rasa tidak puas hati sebilangan netizen kerana mendakwa usahawan kosmetik itu melanggar SOP.

Mula di muat naik seorang pengguna Twitter, tangkap layar tersebut mengundang pelbagai persoalan dan spekulasi di kalangan netizen kerana tindakan usahawan yang juga penyanyi itu disifatkan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal penularan wabak pandemik.

” ***** ****** jemput orang datang makan durian dekat rumah tak kena saman ke? ” ciap pengguna Twitter terbabit.


Rata-rata netizen berang dengan kejadian tersebut dan ada beberapa pengguna Twitter kemudian mula menanda akaun tag akaun Rasmi PDRM memohon siasatan dilakukan kepada usahawan berkenaan.


Susulan daripada video viral tersebut, polis telah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung isu tersebut pada kira kira jam 4 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, tangkap layar itu dikongsi lebih 4,000 kali di media sosial berkenaan bersama komen netizen yang turut menanda (tag) media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa tindakan diambil terhadap pengusaha kosmetik terbabit.

“Selebriti berusia 34 tahun itu sedang bersiaran langsung sambil menikmati buah durian bersama beberap individu lain.

“Pengusaha kosmetik itu adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial”

Mengulas lanjut, kata Ku Mashariman, usahawan kosmetik itu akan dipanggil untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.



Loading...


“Kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” jelasnya.

“Tangkap layar yang tular itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana perbuatan usahawan kosmetik itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan Fasa 2.

Beliau juga sempat menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP PPN Fasa 1 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Berhati hati dalam memuat naik atau berkongsi apa apa kenyataan atau kandungan di media sosial agar tidak mewujudkan satu spekulasi negetif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam.”





Kredit -YOY Network.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post