“Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa”- Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

“Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa”- Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

Rentetan daripada isu 779 guru yang menolak suntikan vaksin COVID-19, pelakon Edika Yusof turut tidak ketinggalan dalam memberi pandangan tentangnya.

“Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa”- Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin



Ada Sebab Kenapa 779 Guru Tolak Vaksin 


ARTIKEL MENARIK:

Edika menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memainkan peranan penting dalam hal ini. Kongsi pelakon ini, pihak KKM perlu pastikan guru yang menerima vaksin itu tidak menghidapi sebarang penyakit kronik selepasnya.


Foto – @edikayusofxx (Instagram)

“Pihak KKM kena pastikan tiada cikgu yang mendapat sakit kronik selepas vaksin. Sebab bila berlaku tiada siapa yang nak bertanggungjawab”, dedahnya.



Loading...


Tambah pelakon ini, penolakan vaksin oleh sebilangan guru mungkin berpunca daripada beberapa kes yang pernah berlaku dan tidak diketahui ramai. Ujarnya lagi apabila terjadi kesan sampingan seperti sakit kronik secara tiba-tiba, tiada pihak yang akan bertanggungjawab.

Dakwa Terima Atau Tolak Vaksin Itu Hak Asasi Manusia

Kongsi Edika, golongan guru yang menolak suntikan vaksin ketika ini adalah disebabkan oleh mereka tahu ianya adalah masih dalam ujian. Jelasnya lagi, tiada sebarang jaminan bahawa vaksin ini tidak akan memberikan apa-apa kesan.

“Ada kes sebab tu mereka berhati-hati sebab ini adalah vaksin ujian memang tiada jaminan. Sebenarnya ini hak asasi manusia. Kerajaan pun tak boleh paksa”, ujar Edika.

Pelakon ini turut menambah bahawa vaksin yang sebenar dan beri jaminan mengambil masa yang lama iaitu sekitar 10 tahun sehingga 14 tahun lagi. Malah jika ada pihak yang tidak mahu menerima vaksin, mana-mana pihak termasuk kerajaan tidak boleh memaksa kerana ia adalah hak asasi manusia.

“Kita berserah tapi jangan menyerah”- Edika Yusof.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post