Inikah Tanda Syahid Siti Sarah? Tanah Perkuburan Menjadi ‘Saksi’

Inikah Tanda Syahid Siti Sarah? Tanah Perkuburan Menjadi ‘Saksi’

Berita mengenai figura terkenal, Siti Sarah Raissuddin ternyata telah memberi kesan yang begitu mendalam kepada rakyat Malaysia.

Inikah Tanda Syahid Siti Sarah? Tanah Perkuburan Menjadi ‘Saksi’



Bukan sahaja bergelar penyanyi terkenal, malah pemergiannya sebagai seorang isteri, ibu kepada anak-anak yang masih kecil membuatkan namanya menjadi sebutan ramai mengenangkan pengorbanan yang begitu besar telah dibuat.

ARTIKEL MENARIK:Kenal dari zaman bapanya, Ulasan Ramli MS ini memang lain dari yg lain


Malaysia Berduka

Sejak umum dimaklumkan mengenai Sarah sekeluarga disahkan positif COVID-19 sehinggalah pelantun Teman Terakhir ini ditidurkan,rata-rata mengikuti rapat perkembangannya dan turut mendoakan agar insan istimewa yang turut membawa satu lagi nyawa di dalam perutnya kembali pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2021 seorang khalifah yang diberi nama Ayash Affan selamat dilahirkan namun ibunya masih tidur kerana masih ada ‘perjuangan’ belum selesai dan ketika itu Malaysia terus berdoa buat figura ini.


Segalanya telah ditetapkan oleh Ilahi, jam 5.13 pagi 9 Ogos 2021, industri hiburan dikejutkan dengan khabar berita isteri kepada pelawak, Shuib ini telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Disebalik berita sedih tersebut, pelbagai kisah istimewa dan tanda-tanya Syahid mula diperkatakan orang ramai mengenai Allahyarhamah Sarah.

Siti Sarah Meninggal Syahid 

Ya, rata-rata ahli ulama dan pendakwah menyifatkan pemergian Allahyarham Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak,tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat. Malah, kami di Murai.my yang berkesempatan memberikan penghormatan terakhir dengan membuat liputan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak seperti dapat melihat tanda-tanda Syahid penyanyi kesayangan ramai ini.

Tanah Perkuburan Dipenuhi Media Dan Orang Ramai


Tibanya kami di sana, hanya kelihatan beberapa buah kenderaan petugas media serta anggota polis yang berkawal di sekitar perkarangan tanah perkuburan. Namun, tidak beberapa lama kemudian entah bila kawasan tersebut menjadi sesak dengan kebanyakan pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk memberikan penghormatan terakhir biarpun hanya lihat dari jauh.




Loading...


‘Dapat Masa Lebih’

Ketika itu, terdapat tiga urusan pengebumian yang perlu diuruskan di tanah perkuburan termasuk jenazah Allahyarhamah Sarah. Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, urusan pengebumian tidak boleh dilakukan serentak dan perlu dilakukan mengikut giliran serta segera sekiranya terdapat beberapa jenazah yang lain.


Seperti hikmah buat Allahyarhamah yang tiba akhir sekali, van jenazah yang membawa jasad penyanyi ini parkir terlebih dahulu berhampiran pagar yang memisahkan kawasan tanah perkuburan dan jalanraya sementara menunggu urusan jenazah pertama dan kedua selesai. Ketika itu, petugas media mengambil kesempatan untuk mengambil foto serta video van tersebut sebelum ia bergerak ke kawasan liang lahad. Tidak kurang juga, orang ramai yang berada disitu menitipkan doa buat Allahyarhamah.


Datin Rebecca Beri Penghormatan Terakhir

Ketika sedang menunggu ketibaan van jenazah, kelihatan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam turut hadir di kawasan tanah perkuburan memberi penghormatan terakhir buat Sarah. Ketika ditemui Murai.my, Rebecca berkata pemergian Allahyarhamah begitu meninggalkan kesan terhadap dirinya.

Manakan tidak, ketika Rebecca sekeluarga berada dalam saat genting disahkan positif COVID-19, arwah begitu bersungguh-sungguh mencari nombor telefonnya untuk bertanya khabar serta menyarankan khidmat doktor yang dikenali nya. Jelas Rebecca, dia terharu kerana dia dan Sarah saling tidak mengenali secara rapat dan tidak pernah berjumpa, namun penyanyi itu tetap ingin menghulurkan bantuan.

“Sarah baik. Dia confirm ahli syurga. Saya tidak kenal dia dan dia pun tidak kenal saya secara rapat. Beradanya saya dekat sini (tanah perkuburan) untuk beri penghormatan buat arwah. Saya rasa sedih sangat sebab ramai orang tidak tahu bahawa ketika saya dan keluarga terkena jangkitan covid-19, dan suami saya agak kritikal ketika itu. Saya tak tahu arwah dapat mana nombor saya dan dia call saya. Masa itu saya tak dapat angkat call sebab suara saya tiada jadi dia Whatsapp cakap nak bercakap dengan saya”

“Saya balas kembali saya tidak bercakap dengan dia sebab suara memang tidak ada langsung sebab dari COVID ini. Kalau ada lillahita’alla saya nak sangat bercakap dengannya”

“Ketika itu, Sarah bagi macam-macam kata semangat dan bagi nombor doktor yang dikenali nya.Saya percaya orang yang baik memang akan dijemput awal oleh Allah”

Kepada Shuib, awak suami yang baik dan hebat sebab itu isteri awal diambil oleh Allah SWT. Shuib,saya harap awak dapat menjalankan tanggungjawab awak yang diberikan oleh Sarah sebagai ibu. Jadi diri dan anak-anak dengan baik. Jangan risau dekat Allahyarham, isteri awak kerana Allah SWT tidak akan memungkiri janji Dia untuk masukkan mereka yang terkorban akibat wabak ataupun selepas melahirkan anak ke syurga kerana mereka ini syahid. Perginya Sarah dicemburui ramai” ujar Rebecca sebak

Awan Mendung Secara Tiba-Tiba

Saat jenazah dikeluarkan dari van, cuaca panas terik secara tiba-tiba bertukar menjadi mendung seolah-olah memudahkan urusan pengebumian Allahyarhamah. Jenazah penyanyi ini selamat dikebumikan usai azan Solat Zohor dan ketika itu juga langit kembali cerah. Siapa sangka, tatkala semua beransur pulang, kawasan itu juga hujan serta-merta.


Berehatlah Sarah bersama bidadari-bidadari syurga yang lain. Begitu ramai akan merindui dan mengenangkan pemergian mu yang telah menghidupkan banyak hati. Terima kasih Siti Sarah Raissuddin kerana telah menghiburkan kami selama ini. Salam takziah dari kami di Murai.my buat Shuib sekeluarga serta seluruh  syarikat Indigital Music. Al-Fatihah.


Kredit -Murai MY.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post