STRUKTURNYA masih utuh dan cantik, namun kebanyakan tingkap sudah tidak sempurna.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi kuarters lamanya di Kuah, Langkawi yang didiami beliau pada tahun 1956.
ARTIKEL MENARIK:Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.
Kredit foto: varnam.my
Pada 5 Ogos 1956 melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Beliau berkongsi foto sedang berada di kuarters berkenaan yang sempat didiaminya semasa menjadi pegawai perubatan di laman sosial Facebook.
“Pada tahun 1956 saya ditugas sebagai Medical Officer, Langkawi.
“Ini kuarters yang saya tinggal selama 6 bulan di Jalan Ayer Hangat, Kuah.
“Di seberang jalan terletak hospital lama.
“Rekabentuk rumah ini masih kekal.
“Di jendela yang sama saya lihat perubahan Langkawi,” tulisnya.
Foto berkenaan mendapat lebih 8,000 tanda suka dan ratusan komen hanya beberapa minit selepas ia dimuatnaik. Rata-rata warganet mencadangkan kuarters berkenaan dibaik pulih kerana nilai sejarah dan estetika.
“Strukturnya cantik lagi. Kerajaan seharusnya membaik pulih kuarters sebegini kerana nilai sejarah dan estetika.”
“Tempat jatuh lagi di kenang …ini kan pula tempat bermula segala-galanya .
“Boleh buat muzium kenangan Tun masa muda muda dulu.”
“Sayangnya, restore balik Tun M. Buat muzium untuk peringatan anak-anak muda nanti.”
Perkahwinan Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan empat orang cahaya mata terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan Bin Mahathir, Tan Sri Mohzani dan Dato’ Seri Mukhriz.
Sumber: FB Tun Dr Mahathir Mohammad via Sinar Plus
Post a Comment