EU beri dos ketiga bermula Spetember

EU beri dos ketiga bermula Spetember

BRUSSELS, BELGIUM – Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersiap sedia untuk memberikan dos ketiga suntikan penggalak Covid-19 kepada penduduknya bermula September ini, lapor akhbar The Nation Thailand, semalam.

EU beri dos ketiga bermula Spetember



Keputusan tersebut diambil di saat kebanyakan negara dunia ketiga masih bergelut menjayakan program vaksinasi masing-masing berikutan kekangan bekalan vaksin.

ARTIKEL MENARIK:Menjerit jarum vaksin tercabut


Pada Isnin lepas, Jerman mengumumkan untuk memulakan program suntikan penggalak kepada penduduk warga emasnya pada September ini dan diikuti dengan negara-negara EU yang lain.

“Kami ingin melindungi kumpulan berisiko tinggi sebaik mungkin menjelang musim luruh dan sejuk nanti.

“Risiko perlindungan vaksinasi yang menurun adalah amat berbahaya untuk golongan tersebut,” kata Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn.



Loading...


Selain Jerman, Perancis juga akan memberikan dos penggalak kepada individu terawal yang menerima vaksin di negara itu seperti  penghuni pusat jagaan, individu berumur lebih 75 tahun dan golongan berisiko tinggi pada September ini.

Selain itu, Britain turut merancang untuk memberikan dos suntikan vaksin penggalak pada garis masa sama namun masih menanti beberapa pengesahan daripada panel penasihat pakarnya.

Hungary turut menyertai senarai dengan menawarkan suntikan penggalak kepada semua penduduknya selain Sepanyol serta Itali yang turut menyuarakan hasrat sama.

Keputusan negara-negara kaya itu untuk memberikan dos suntikan penggalak telah menimbulkan kontroversi apabila mereka sekali lagi didakwa membolot bekalan dos-dos vaksin untuk kegunaan penduduk sendiri tanpa memberi sumbangan kepada negara-negara dunia ketiga yang memerlukan.

Pakar-pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap langkah itu sebagai tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri.

Ketua Polisi Luar EU, Josep Borrell turut mengkritik blok itu kerana gagal menyumbangkan vaksin yang mencukupi kepada negara-negara miskin terutama di Afrika dan Amerika Selatan.

“Kita sering melihat corak keputusan seperti ini dari negara-negara kaya sejak permulaan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.

“Negara-negara kaya akan membenarkan rakyatnya ‘menikmati bufet’ untuk kali kedua dan membiarkan separuh daripada penduduk dunia ‘kebuluran’,” kata ketua penyelidikan pengedaran vaksin global di Universiti Duke, Andrea Taylor.

Sebelum ini, pakar-pakar penyakit berjangkit telah memberi amaran yang menghalang pemberian suntikan penggalak sehingga lebih banyak data diperoleh. – AGENSI 


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post