PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa mengumumkan mahu mencadangkan nama seorang pemimpin terkanan Barisan Nasional (BN) sebagai calon Perdana Menteri esok.
Menurutnya di laman Facebook, beliau akan menunaikan tanggungjawabnya itu setelah merujuk kepada pimpinan parti serta rakan-rakan dari parti sahabat.
ARTIKEL MENARIK:Panggilan Tak Bersahut, Bkas Pensyarah Ditemui MninggaI Tergntung Dalam Rumah.
“Yang pasti, saya berhasrat mencadangkan seorang pemimpin terkanan parti BN dan mohon agar turut disokong oleh kawan-kawan Ahli Parlimen pelbagai parti yang lain.
“Ini masanya kita lupakan yang lalu, pandang ke hadapan dengan perkasakan semula perpaduan parti, serta perkukuhkan muafakat dan penyatuan Melayu, kaum bumiputera serta rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama,” katanya hari ini.
Loading...
Kosmo! hari ini melaporkan semua Ahli Parlimen diminta untuk menyerahkan surat akuan sokongan mereka terhadap seorang calon Perdana Menteri dari kalangan Ahli Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum pukul 4 petang esok. – K! ONLINE
Kredit - Kosmo Digital
Post a Comment