Sejak kerajaan telah membenarkan dine-in di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 20 Ogos 2021 yang lalu, ramai pula berkongsi rasa tidak puas hati. Ramai yang menasihati walaupun sudah divaksin penuh, namun tetap kekal duduk di rumah dan elak untuk dine-in di restoran.
Walaubagaimanapun, ramai juga yang mengambil kesempatan dari kelonggaran ini untuk tidak melepaskan peluang membawa anak-anak ke restoran.
ARTIKEL MENARIK:Muatnaik Foto Tupai, Caprice Dituduh Mengeruhkan Lagi Keadaan
Foto: Instagram @noradanish
Terbaru, pelakon Nora Danish dilihat telah memuatnaik sebuah foto di Instagram bersama keluarganya sedang berada di sebuah restoran. Dalam gambar tersebut Nora menulis kapsyen;
“Makan malam bersama anak-anak lelaki ini sebelum sekolah bermula”- tulisnya.
Tak pasal-pasal, netizen telah mempertikaikan Nora Danish dine-in bersama anak.
“Budak-budak dah boleh bawa keluar ke?”- tulis seorang pengikut Instagram dengan nama akaun @nora97211
“biasa la vip..kita ni rakyat biasa buat macam ini terus kena saman”- tulis @byebyeaeriff
Nampaknya persoalan dan tuduhan yang ditimbulkan oleh netizen ini mendapat perhatian suami Nora, Nedim Sujak atau dikenali sebagai bos Ned. Tinjauan Murai di ruangan komen, Nedim membalas dengan kenyataan ini.
“@zeke8765 @byebyeaeriff Allah bagi otak untuk fikir & Bila KKM & MKN bagi announcement rajin lah membaca , Kalau malas baca jadi & bodoh , Jangan komen! Masuk ke website MKN & sila baca. Kanak-kanak bawah 17 harus di temani oleh ibu bapa. Sekian” tulis Nedim dengan menambah emoji ketawa.
Tak pasal-pasal dah kena ‘sound’ netizen-netizen ni. Rata-rata komen dari netizen lain bersetuju dengan kenyataan Nedim. Mereka berharap orang ramai yang membawa anak-anak ke restoran supaya dapat menjaga SOP dengan baik.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment