Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR?

Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR?

Rata-rata netizen begitu gembira apabila tanda pagar #JusticeForBella kini sohor di Twitter. Ini sebagai usaha untuk mendapatkan keadilan untuk nasib Bella, seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki didera.

Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR?



Remaja perempuan berusia 13 tahun itu mendapat penderaan yang teruk sehingga badan melecur ketika menghuni di Rumah Bonda. Difahamkan Pengasas Rumah Bonda itu ialah Siti Bainun, dan wanita ini mendapat kecaman yang teruk di media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Motosikal tiba2 terb4kar, Tindakan Pemuda Selamatkan beras dahulu sambil tersenyum membuat ramai…


Sementara itu, di laman twitter, seorang netizen berkongsi sebuah video temubual Siti Bainun di rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran di TV3. Dalam video itu menyaksikan Siti Bainun mengalirkan air mata memikirkan nasib penghuni Rumah Bonda.

she deserves Oscar Awards 🙏🏻#Justice4Bella #JusticeForBella #sitibainun pic.twitter.com/NuqQ5NGQi2

— sabrina🦋 (@reeynazam) July 13, 2021

Cuma ada beberapa keraguan dalam kes ini.

Dimaklumkan Bella tak duduk di Rumah Bonda. Syed Azmi juga menyebut tidak pernah bertemu Bella.

Jadi, yang di dalam Wanita Hari Ini bertarikh 31 Julai 2020 berbaju oren tu siapa? pic.twitter.com/NWn4MFLCe2

— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 12, 2021



Loading...


Dalam video tersebut, salah seorang pengacara bertanya;

“Selalunya orang memilih kebahagian dalam keluarga, tapi Bainun memilih bahagia sendiri dari orang memerlukan”- tanya pengacara.

Bainun menjawab dengan nada sebak.

” Sebab Masa Depan Diorang, Kebahagian Saya”- jawabnya.


Walaubagaimanapun, setelah menonton video ini, segelintir netizen menganggap wanita ini penuh dengan sifat kepura-puraan.

” Dia layak memengani Anugerah Oscar”- tulis salah seorang netizen.

Menurut laporan dari Malaysia Gazette, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita rumah penjagaan dan perlindungan, Rumah Bonda, di Wangsa Maju, di sini selepas notis mengosongkan kediaman berkenaan dikeluarkan pada 9 Julai lalu.

Pihaknya telah menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Namun,hasil temubual JKM bersama Bainun, wanita itu ada menyatakan kanak-kanak itu agak degil. Bainun tidak mengatakan dia mendera, tetapi hanya pukul-pukul manja.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post