[VIDEO] Frontliner terjatuh terlalu penat, tak larat bangun semasa tolak stretcher

[VIDEO] Frontliner terjatuh terlalu penat, tak larat bangun semasa tolak stretcher

PENINGKATAN kes baharu Covid-19 di negeri Selangor nampaknya terus mencatatkan peningkatan sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

[VIDEO] Frontliner terjatuh terlalu penat, tak larat bangun semasa tolak stretcher



Buktinya, pada Isnin kes baharu Covid-19 di negeri itu sahaja mencecah 4,308 jangkitan.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Wow! Mak cik Melayu borak dalam bahasa Tamil, curi perhatian warga maya


Difahamkan pelaksanaan saringan Covid-19 secara menyeluruh di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antara menyumbang kes positif yang tinggi.

Lonjakan kes tersebut secara tidak langsung memberi impak pada Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati (CAC Stadium Malawati), Shah Alam, Selangor.

Semalam media melaporkan pusat penilaian berkenaan telah ‘diserbu’ lebih 4,000 individu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas disahkan positif koronavirus termasuk untuk memotong gelang selepas tamat tempoh kuarantin.


Dimaklumkan, peserta mula melaporkan diri di sana seawal jam 6 pagi meskipun kaunter dibuka pada jam 9 pagi.

Suasana persekitaran begitu sesak dengan kehadiran orang ramai daripada pelbagai peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas.

Mereka terpaksa beratur di ruang terbuka yang panas sebelum menanti giliran masing-masing.


Baca juga [VIDEO] Frontliner terjatuh terlalu penat, tak larat bangun semasa tolak stretcher

Pun begitu, di sebalik kesesakan itu turut kelihatan petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tanggungjawab mengendalikan para pesakit.

Biarpun tampak penat dan berpanas dalam persalinan sut peralatan perlindungan diri (PPE), tetapi mereka tetap memberikan perkhidmatan terbaik.

Lebih memilukan apabila seorang individu di lokasi sempat merakam video keadaan petugas barisan hadapan terjatuh di atas jalan raya ketika menolak stretcher. 

Situasi tersebut terjadi dipercayai ketika mengendalikan situasi cemas pesakit pengsan ketika berada di luar pusat berkenaan.

Video dikongsikan pengguna TikTok dikenali @suemayrra itu menjentik emosi dalam kalangan warga maya yang sedih melihat petugas terbabit terjatuh semasa menolak pengusung membawa pesakit pengsan.

Tulisnya: “Allahuakbar, Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan frontliners yang bertungkus-lumus selamatkan rakyat Malaysia.”

Warga maya juga tidak melepaskan peluang menzahirkan simpati kepada para petugas barisan hadapan berkenaan:

– ”Frontliner yang jatuh tu tak larat nak bangkit dah, penat mental dan fizikal. Tak ada rehat.”

– “Yang terbaring lesu tu mesti tengah nak putus asa, tapi bangun balik sebab mengenangkan tengah pikul amanah yang nanti akan dipersoalkan di akhirat.”

– “Sampai jatuh member tu, Ya ALLAH permudahkan urusan mereka. Amiin.”



Loading...


– “Kesiannya frontliners tu dah tengah panas dengan pakai PPE lagi. ALLAHUAKBAR.”

@suemayrraAllahuakbar, Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. ##covid19 ##fyp ##fpyã‚· ##viralvideo ##viraltiktok

♬ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad

CAC Stadium Malawati beroperasi sejak 8 Februari 2021 adalah menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 yang hanya mampu menampung hingga 1,500 pesakit.

Lebih daripada 4,000 pesakit positif Covid-19 membanjiri CAC Stadium Malawati semalam yang mana gambar dan video mereka berbaris di luar stadium tular di media sosial.

Sumber: Buletin TV3 via Sinar Plus




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post