TPM doakan peserta perhimpunan dilindungi daripada jangkitan Covid-19

TPM doakan peserta perhimpunan dilindungi daripada jangkitan Covid-19

TIMBLN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan kesemua peserta perhimpunan di ibu kota pagi tadi dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

TPM doakan peserta perhimpunan dilindungi daripada jangkitan Covid-19



Menurut Ismail Sabri, beliau bimbang kerana Covid-19 boleh dijangkiti sesiapa dan merebak kepada individu lain.

ARTIKEL MENARIK:Apakah Hukum Menyertai Himpunan Demonstrasi? Ini Penjelasan Mufti WP


“Saya bimbangkan keselamatan peserta perhimpunan tersebut kerana terdedah kepada bahaya jangkitan Covid-19.

“Mungkin ada yang dijangkiti dan bawa pulang ke rumah Covid-19 lalu merebak hasil daripada perhimpunan tersebut.

“Saya namun mendoakan mereka semua selamat dan tidak dijangkiti Covid-19,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.



Loading...


Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi pemberian vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil serta Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengadakan perhimpunan atau protes dengan alasan untuk menyampaikan suara rakyat.

“Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat walau dalam apa jua bentuk platform termasuk media sosial.

“Kita dengar suara rakyat dari mana-mana. Whatsapp pun kita dengar. Saya setiap hari dapat cadangan daripada rakyat melalui pesanan Whatsapp.

“Setiap pandangan kita beri perhatian. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kita bentang di Parlimen untuk dapat pandangan tambah baik. Tidak perlu sampai ke jalanan,” katanya. -SM


Kredit -suaramerdeka



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post