Terlampau Mencintai Manusia, Saya Sudah Kahwin, Ada Svami, Ada An4k Tetapi Tak Bersyukur – Rita Rudaini

Terlampau Mencintai Manusia, Saya Sudah Kahwin, Ada Svami, Ada An4k Tetapi Tak Bersyukur – Rita Rudaini

SETELAH hampir 15 tahun menempuh sepak ter4jang dunia hiburan, pelakon popular Rita Rudaini kini meletakkan sasaran untuk bersara daripada lakonan sebelum usianya mencecah 50 tahun.

Terlampau Mencintai Manusia, Saya Sudah Kahwin, Ada Svami, Ada An4k Tetapi Tak Bersyukur – Rita Rudaini



Ibu tunggal berusia 45 itu menjelaskan, perancangan tersebut sudah difikirkan sekian lama kerana mahu menikmati kehidupan sebenar, khususnya melihat dua permata hatinya membesar sempurna di depan mata.

ARTIKEL MENARIK:“Serabut, macam badut, nampak murah!” – Chef Wan kritik baju kontinjen Malaysia


“Sebenarnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya rasa puas dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi.

“Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur masuk ke angka 50 tahun, saya nak berhenti jadi pelakon.

“Sebagai persediaan, saya buat bisnes wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki. Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur,” katanya.

Pelakon itu berkata demikian ketika sesi secara langsung program bual bicara MySuperHeroes: Bangkit Semula yang disiarkan menerusi Facebook Live MySuperHeroes, baru-baru ini.


RITA bersama anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.

Dalami agama

Pada masa sama, Rita mengakui niat mahu menghentikan karier lakonan secara perlahan-lahan dilakukan agar urusan menghantar anak-anaknya belajar tahfiz berjalan lancar.

Katanya, dalam usia yang semakin meningkat dia juga dalam proses memperbaiki diri dengan mendalami ilmu agama dan memperbetulkan bacaan al-Quran.

“Saya secara perlahan dalam usaha mendalami agama dan merancang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” kongsinya.

Diminta mengimbas memori lalu, dedah Rita dia tidak malu mendedahkan pernah melalui zaman gelap apabila tidak menjaga solat dengan sempurna.

Perkongsian sebegitu diharapkan menjadi pengajaran kepada orang lain supaya jangan terlampau mencintai manusia hingga lupa untuk bersyukur.

“Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dahulu tidak kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak tetapi tak bersyukur.



Loading...


“Apabila ditimpa ujian barulah saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah.

“Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.


BIARPUN sudah tiada keperluan untuk berumah tangga, Rita Rudaini tidak menolak jika dihadiahkan seorang lelaki yang bakal jadi pelangi dalam hidupnya.

Hadiah, pelangi

“ Mungkin, kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” ulas anak jati Perlis itu lagi.

Mengenai kehidupan solo selepas lapan tahun menjanda,aktres Mami Jarum Junor itu menjelaskan, keperluan untuk berumah tangga sudah tiada dalam kamus hidupnya berbanding keutamaan kepada anak.

Namun jika dihadirkan seorang lelaki sebagai suami, dia tidak mungkin menolak ketentuan, malah menerima kehadiran insan itu dengan terbuka jika dipersetujui anak-anak.

“Kalau Tuhan hantar ‘hadiah’ kepada saya, kenapa saya tolak? Mungkin itu adalah ‘pelangi’ untuk saya. Kalau Allah hantar jodoh, saya akan terima dengan reda,” katanya.

Bercakap tentang bual bicara MySuperHeroes: Bangkit Semula, program anjuran pelajar tahun akhir Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam tersebut merupakan salah satu usaha membantu ibu dan bapa tunggal yang memerlukan.

Acara tersebut turut menyasarkan kutipan sebanyak RM10,000 bagi menampung pembelian barangan keperluan asas kepada golongan terpilih.

Selama sejam bersiaran, bintang Datin Dairies itu turut berkongsi pengalaman sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: dnq.pw via Komedi Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post