Khabar duka dikatakan tekanan belajar mengakibatkan kematian. Tular seorang pelajar semester ketiga dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri pada Jumaat.
Menurut laporan astroawani, Pelajar perempuan berusia 22 tahun tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan ambulans.
ARTIKEL MENARIK:Kanak-kanak lelaki sanggup panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek
Mangsa yang dikatakan mengalami tekanan, terjaga dari tidur pada jam 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sambil mengalami sakit kepala. Dia yang menjalani rawatan di HSAH, bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang semalam.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian Diana Mddaud turut berkongsi meluahkan rasa sebak kejadian itu.
Didakwa stres melampau
Dalam pada itu tangkap layar, beberapa perkongsian meluahkan rasa sebak dan bersimpati kejadian menimpa arwah Nur Natasya Ezreen
Al fatihah. Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat tetapi akibat stress yang melampau, tak cukup tidur, berlaku pendarahan dalam otak. Allahu ajal tak kira siapa. Please, in this critical situation, find someone for you to express ur feelings to. Please seek help 🙏🏻 pic.twitter.com/VmCQTVM6Nz
— equinoks 🏴 (@afiqdruce) July 9, 2021
Salam takziah buat keluarga allahyarham.
Sumber: Fb, Astroawani, Diana Mddaud, Twitter @aiynanajwaa@afiqdruce via KELUARGA
Post a Comment