“Tak Tutup Mic Ke?” – Pendengar Hot FM Terkejut AG & Fad Bocey Dimarahi Ketika ‘On Air’

“Tak Tutup Mic Ke?” – Pendengar Hot FM Terkejut AG & Fad Bocey Dimarahi Ketika ‘On Air’

Sebentar tadi, pendengar-pendengar Hot FM meluahkan rasa terkejut apabila dua penyampai radio sementara bagi slot pagi stesen radio itu, AG dan Fad Bocey secara tiba-tiba telah dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai dari pihak pengurusan.

“Tak Tutup Mic Ke?” – Pendengar Hot FM Terkejut AG & Fad Bocey Dimarahi Ketika ‘On Air’



Mikrofon Tidak Tutup?


ARTIKEL MENARIK:“Sudah-Sudahlah Fitnah Ebit Lew” – Abu Syafiq Bengang Sampai Rasa Nak Tumbuk Siapa Tu?


Ketika itu, sebuah lagu sedang dimainkan namun kedengaran suara seorang lelaki menegur kedua-dua penyampai radio tersebut.Bagaimanapun, tidak lama kemudian slot tersebut digantikan oleh seorang penyampai radio lain dan memohon maaf kerana sebelum itu telah berlakunya isu teknikal.

Menjengah ke hantaran terkini di laman Instagram Hot FM, rata-rata pengikut stesen radio itu mendakwa mikrofon AG mahupun Fad tidak ditutup sekaligus menyebabkan perbualan mereka dapat didengari di corong radio. Manakala, tidak kurang juga ada diantara mereka menyifatkan bahawa ia merupakan gimik semata-mata berikutan Hot FM bakal mengalami transformasi baharu pada 2 Ogos kelak.


Pendengar Kecewa

Namun begitu, terdapat luahan kecewa daripada pendengar kerana insiden tersebut sedikit sebanyak memberi pengaruh dan tanggapan negatif di awal pagi.



Loading...


Sekadar info, rangkaian radio Media Prima Berhad (MBP), RIPPLE melaksanakan rancangan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi termasuk kandungan dan barisan penyampai untuk semua rangkaian radio MPB.

Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post