Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah meminta orang ramai membantunya mengumpul dana untuk menampung kos guaman dan baki wang ikat jamin setelah RM80,000 dibayarnya semalam.
ARTIKEL MENARIK:‘Saya Janji Akan Ceraikan Kamu Bila Pulang’- Kerabat Diraja Yang Merupakan Abang Ipar Kepada Aktres Popular Ini Luah Isi Hati Di Instagram
Menurut laporan dari Hmetro, mahkamah membenarkan Syed Saddiq diikat jamin sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Agak mengejutkan, dalam masa 24 jam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah berjaya menerima sumbangan sebanyak RM715,573.77.
“Saya berhutang dengan Malaysia. Dalam masa 24jam, sumbangan sebanyak RM715,573.77 dari 9, 836 orang penyumbang.”- ujarnya
Saya rasa Mahu menangis
Walaubagaimanapun, Saddiq mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membuat sumbangan kepadanya akui dana sudah melebihi dari yang diperlukan.
“Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Saya selamanya terhutang budi. Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.”
Saya tutup fundraising kerana dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi.
Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya. Saya rasa mahu menangis.
Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua.” ujarnya
Kredit -Murai MY.
Post a Comment