“Saya Doakan Selama Ni..” – Fattah Amin Bersyukur Isteri Dah Berhijab Sepenuhnya

“Saya Doakan Selama Ni..” – Fattah Amin Bersyukur Isteri Dah Berhijab Sepenuhnya

Aktor dan penyanyi, Fattah Amin bersyukur dengan mendedahkan bahawa isterinya yang juga aktres Nur Fazura kini sudah berhijab sepenuhnya.

“Saya Doakan Selama Ni..” – Fattah Amin Bersyukur Isteri Dah Berhijab Sepenuhnya





ARTIKEL MENARIK:“Ya, Saya Yang Suntik..” Peminat Teruja Wany Hasrita Beri Suntikan V4ksin Di PPV



Menerusi laporan Kosmo! Online, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin mengakui dia sering berdoa agar isterinya mengubah penampilan kepada menutup aurat sejak mereka berkahwin empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.
“Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kata aktor berusia 31 tahun itu.


Selain itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya Nur Fatima Aisya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.



Loading...


Disebabkan hanya terperap di rumah sejak lahir, dia berhasrat membawa anaknya yang berusia sembilan bulan itu melawat zoo sebagai destinasi pertama selepas pandemik Covid-19 berakhir.


“Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya…
“…tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan,” ujarnya.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.


Sumber: OMM




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post