Rendang Daging Sedap Giler

Rendang Daging Sedap Giler

Bila tak dapat balik kampung disebabkan PKP, tak semena-mena kita terpaksa mencari alternatif untuk membuat sendiri rendang, sempena Raya Haji ini.

Rendang Daging Sedap Giler



Namun tidak perlu risau, kerana kini banyak resipi yang dikongsi menerusi alam maya. Contohnya seperti resipi yang dikongsi oleh Liza Idris ini. Sangat mudah untuk dibuat.

ARTIKEL MENARIK:Cara Buat Macaroni Cheese Yang Super Sedap Macam Di Kafe Western


Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula (admin letak gula merah) 

Bahan A
8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu besar jintan manis - sangai
1 sudu besar jintan putih - sangai


Loading...


Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.




Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.


Rendang Daging Sedap Giler

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Rendang Daging Sedap Giler


Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. 

Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. 

Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. 

Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
 

Kredit Resepi - aziekitchen


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post