Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital

Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan seorang individu dipercayai mempertikaikan skim pelantikan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam.

Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital



Terbaharu menerusi Harian Metro, dilaporkan lebih 30 orang doktor kontrak di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru menyertai perarakan mogok yang dilakukan secara aman bermula jam 11.10 pagi.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) Kecoh Dalam Dewan Parlimen, Netizen Kasihan Lihat Penterjemah Bahasa Isyarat


Didapati kira-kira 20 doktor kontrak memakai pakaian hitam berarak secara aman mengelilingi hospital berkenaan. Seramai 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat mengawal pergerakan di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap doktor kontrak yang enggan dikenali, kesemua doktor yang menyertai perhimpunan tersebut berada dalam waktu rehat dan tidak menjejaskan tugasan hakiki di hospital berkenaan.

Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat.

Walau bagaimanapun, dikatakan bukan semua doktor kontrak yang menyertai perarakan mogok itu kerana sebahagian yang lain perlu bertugas dan mengutamakan tanggungjawab lebih penting.

Menerusi laporan Kosmo, dilaporkan 30 doktor menyertai Hartal Doktor Kontrak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak berhimpun di lobi utama HRPB sebelum berarak keluar kira-kira jam 11.30 pagi.

hartal doktor kontrak

Sumber : Kosmo Online


Loading...


Perarakan itu dilakukan dalam keadaan senyap dan tiada sebarang provokasi atau laungan daripada kesemua individu yang terlibat. Kesemua doktor juga difahamkan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Di Twitter, ramai individu menggunakan hashtag #HartalDoktorKontrak sebagai tanda sokongan terhadap perarakan yang dilakukan oleh doktor kontrak di beberapa hospital.

You guys have balls! #HartalDoktorKontrak #HARTAL2021 pic.twitter.com/PYBhX9a96G

— amirfariz MD (@amirfariz__) July 26, 2021

We just want our RIGHTS .

DO NO HARM YOU SAY.

STOP HARMING US #HartalDoktorKontrak pic.twitter.com/779F7YXGvi

— RajaWNissa (@RajaWahithNissa) July 26, 2021

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan merayu supaya doktor kontrak di seluruh negara untuk tidak melakukan perarakan tersebut.

Beliau juga meminta supaya doktor kontrak tidak mengabaikan pesakit dengan melakukan mogok yang boleh menjejaskan ratusan nyawa serta kerjaya mereka.

Kredit : Harian Metro | Kosmo Online | Twitter | Facebook Noor Hisham Abdullah 




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post