Penerima suntikan ‘picagari kosong’ akan disuntik semula – Dr Adham

Penerima suntikan ‘picagari kosong’ akan disuntik semula – Dr Adham

SHAH ALAM: Individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin ‘picagari kosong’ akan menerima suntikan dos baharu.

Penerima suntikan ‘picagari kosong’ akan disuntik semula – Dr Adham



Memetik laporan BH Online, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.

ARTIKEL MENARIK:Rider GrabFood & Orang Awam Jadi Hero, Pantas Terjun Longkang Sedalam 7 Kaki Berjaya Selamatkan Nyawa Penumpang Kereta Terlibat Kemalangan


“Dipanggil suntik semula,” katanya secara ringkas ketika ditanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini tular mengenai beberapa kejadian suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang didakwa membabitkan picagari kosong.



Loading...


Antara kes dilaporkan termasuk kejadian pada Sabtu lalu di PPV pandu lalu Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, di mana PPV itu dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja.

Vaksinasi di PPV itu dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.


Kredit -suaramerdeka



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post