Penerima 2 dos vaksin diutamakan solat Aidiladha

Penerima 2 dos vaksin diutamakan solat Aidiladha

SHAH ALAM – Mereka yang telah menerima dua dos suntikan vaksin diutamakan dalam menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau di Selangor.

Penerima 2 dos vaksin diutamakan solat Aidiladha



Berdasarkan pekeliling diedarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada semua masjid dan surau itu, had jemaah adalah seramai 50 orang termasuk pentadbir bagi enam jenis kategori masjid.

ARTIKEL MENARIK:Pro-Israel? 6 Fakta Mengejutkan Yusoff Rawther Yang Failkan Saman Atas Dakwan Salah Laku Seksual


Ini termasuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Masjid Pengurusan, Masjid Institusi dan Masjid Kariah.

Manakala bagi surau kebenaran Jumaat adalah seramai 40 jemaah termasuk pentadbir. Bagaimanapun surau kariah tidak benarkan melaksanakan solat Aidiladha itu.

“Solat sunat Aidiladha hanya dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid, surau dan rumah kediaman sahaja. Tempat-tempat lain adalah tidak dibenarkan.



Loading...


“Sebagai langkah berterusan dalam mengekang penularan Covid-19, semua pentadbir hanya dibenarkan untuk menjemput jemaah yang terdiri dari ahli kariah sahaja dan telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Pekeliling itu turut memaklumkan solat sunat Aidiladha adalah bermula pukul 8.30 pagi.

Turut diperjelaskan adalah amalan sunat bertakbir pada malam Hari Raya Aidiladha selepas solat maghrib dan isyak boleh dilaksanakan di masjid dan surau oleh pegawai dan jawatankuasa.

“Amalan itu juga sunat untuk diteruskan pada sebelum dan selepas solat sunat Aidiladha selain selepas solat fardhu sepanjang hari-hari tasyrik iaitu 10, 11,12 dan13 Zulhijjah,” katanya.

Namun, aktiviti menziarahi tanah perkuburan Islam selepas menunaikan solat sunat Aidiladha adalah tidak dibenarkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni sebelum ini dipetik berkata, keputusan kebenaran solat sunat Aidiladha akan diketahui semalam. – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post