Pelantikan Ismail Sabri, keputusan MKT menjawab segalanya

Pelantikan Ismail Sabri, keputusan MKT menjawab segalanya

LANTIKAN jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada kepimpinan UMNO menjadi satu naratif perbincangan terbuka para netizen di semua medium media sosial.

Pelantikan Ismail Sabri, keputusan MKT menjawab segalanya



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik ke jawatan itu dalam satu pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam, dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

ARTIKEL MENARIK:Bolehkah Batal Atau Pinda Amaun i-Citra Selepas Buat Permohonan, Ini Jawapan KWSP


Pelbagai perbincangan dan tekaan ramai ahli parti dibuat kerana pada malam itu juga (malam tadi 7 Julai 2021) mesyuarat paling penting iaitu Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berlangsung secara maya.

Mesyuarat itu – sebelum berita ini ditulis – merupakan mesyuarat yang menentukan hala tuju parti dan juga kedudukan dua Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilantik Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan.

Kluster Keselamatan, sehingga jam 7 malam tadi masih dipegang oleh Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Keselamatan) sejak 9 Mac 2020.

Apa yang menarik selepas jam 7 malam tadi, Ismail Sabri dengan rasminya keluarkan kenyataan atas pelantikannya sebagai TPM.

Beliau mengambil masa kira-kira dua jam selepas pengumuman rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan ringkas pelantikannya itu.

Kenapa beliau mengambil masa agak lama – dua jam – untuk membuat kenyataan mengucapkan terima kasih atas pelantikan itu? Sebab, beliau seorang yang berjiwa besar.


Loading...


Beliau dikatakan bertemu empat mata dengan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan kedudukannya dan lantikan ke jawatan itu.

Ternyata, pelantikan itu mendapat sokongan Ahmad Zahid dan juga mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, pandangan dan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kononnya, lantikan jawatan TPM itu tidak mendapat restu dari presiden parti adalah meleset dan tidak benar.

MGF28032021_PAU-UMNO64
Ahmad Zahid Hamidi

Malah, selepas pertemuan empat mat aitu dan selepas mendapat keizinan daripada presiden, baharulah kenyataan rasmi dari Ismail Sabri dikeluarkan.

Ini dibuktikan secara jelas, dalam kenyataan rasmi pertama Ismail Sabri selaku TPM yang mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO atas sokongan lantikan itu.

Seharusnya, UMNO harus melihat lantikan dua pemimpin dari parti itu sebagai satu penghargaan kepada perjuangan berterusan parti keramat orang Melayu selama ini untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinannya.

Seharusnya juga, ahli UMNO menerima dengan hati terbuka untuk keuntungan kepada UMNO, bukan mempertikaikan atau membuat andaian naratif semata-mata.

Keputusan Mesyuarat MKT

Awal pagi tadi, kira-kira jam 1 hingga 1.30 pagi, satu sidang media secara maya diadakan oleh Ahmad Zahid selepas selesai Mesyuarat MKT.

Dalam keputusan, yang dikatakan mendapat persetujuan dua pertiga Ahli MKT itu, UMNO dengan rasminya menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tetapi pada masa sama, memberi kebebasan kepada dua Ahli Parlimen untuk terus berada dalam kerajaan.

Mereka ialah Ismail Sabri selaku TPM dan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Keduanya dikatakan diberi kebebasan untuk menyokong kerajaan PN.

Itu adalah keputusan MKT UMNO yang tidak tertulis dalam kenyataan rasmi presiden, tetapi tercatat dalam minit mesyuarat tersebut malam tadi.

Lantikan ini dilihat bakal memberikan nafas baharu kepada UMNO untuk lebih menumpukan perjuangan mengeluarkan rakyat dari belenggu pandemik Covid-19, seterusnya mengembalikan ekonomi rakyat dari kesukaran yang dihadapi sejak dua tahun dilanda wabak Covid-19.

wank05
Wan Khairul Ihsan

“Jangan sesekali mempertikaikan kesetiaan Ismail Sabri kepada parti UMNO. Jangan cuba mempertikaikan kesetiaan tidak berbelah bahagi Ismail kepada Presiden parti.

“Jangan sesekali kita menjadi suara kepada musuh Islam Melayu yang sentiasa mahu melihat perpecahan dan keberantakan dalam parti berasaskan Melayu Islam seperti UMNO,” kata penganalisis politik, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan jawatan TPM yang mewakili dan membawa maruah, juga imej UMNO untuk diangkat ke tahap tertinggi di hati rakyat. – MalaysiaGazette



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post