Nadir Al-Nuri Bersiaran LIVE Esok! Bakal Menjawab Segala Persoalan Warga Netizen

Nadir Al-Nuri Bersiaran LIVE Esok! Bakal Menjawab Segala Persoalan Warga Netizen

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri akan bersiaran langsung pukul 12 tengah hari esok 24 Julai 2021.

Nadir Al-Nuri Bersiaran LIVE Esok! Bakal Menjawab Segala Persoalan Warga Netizen



Difahamkan Nadir dan pasukannya akan menjawab kepada semua berhubung bagaimana sumbangan rakyat Malaysia diuruskan untuk Palestin.

ARTIKEL MENARIK:Kini Giliran Hafiz Mahamad Pula Tampil Buka Cerita Isu UEL. Sekali Hafiz Mahamad Dedah Sesuatu Tentang Mereka.


“Jom kita belajar sama-sama bagaimana NGO sebaiknya diurus sambil-sambil kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk Palestin.”- tulisnya di Telegram.

Katanya, menerusi siaran LIVE ini, mereka boleh menjawab segala persoalan dan maklum balas  tentang keresahan yang sedang bermain di fikiran rakyat Malaysia.


“Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan.”

“Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen”- ujarnya



Loading...


DIfahamkan, siaran LIVE ini akan berlangsung di FACEBOOK Terkini dan Sensasi Palestin. 

Sebelum ini, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew persoal Nadir kemanakah Dana RM20 Juta setahun yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” kata Ebit ketika dia bersiaran LIVE pada hari Khamis yang lalu.

 

Kredit - Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post