BEKAS anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu disahkan positif Covid-19.
Menurut Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 48, Allahyarham yang mengalami sesak nafas selepas bersarapan pada jam 8.30 pagi dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
ARTIKEL MENARIK:Cengkung, pucat muka Nia Ramadhani, akui 5 bulan hisap syabu tekanan kerja
Katanya, jenazah dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kubur, Pantai Dalam dan diuruskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut prosuder operasi standard (SOP).
“Memang pada awalnya keluarga merancang untuk mengebumikan arwah di kampung halamannya di Behrang, Perak. Bagaimanapun pihak KKM tidak memberi kelulusan memandangkan arwah disahkan positif dan perlu diuruskan secepat mungkin.
“Jadi isteri arwah bersetuju untuk kebumikan di Pantai Dalam dan tidak jauh dari kediamannya,” katanya kepada SinarPlus.
Anggota kumpulan Rabbani, Asri Ubai (berbaju oren) hadir menyaksikan pengebumian Azizan dari jauh.
Azizan juga difahamkan tidak mempunyai penyakit kronik, namun diserang demam sejak seminggu lalu.
Tambah Azadan, Asri Ubai menjadi wakil Rabbani yang hadir melihat upacara pengebumian itu.
“Isteri Allahyarham, Dewi dan anak perempuannya, Rania perlu menjalani ujian calitan dan dikuarantin selama 14 hari,” ujarnya.
Azizan (kanan) ketika bersama Rabbani.
Allahyarham menyertai Rabbani pada 1997 sebelum membuat keputusan berundur diri pada 2001.
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment