Kecoh di media sosial apabila penyanyi Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Razlan membuat IGLive untuk berkongsi punca pergaduhan mereka dengan penyanyi Siti Nordiana (Nana).
Difahamkan pergaduhan di antara mereka ini sudah lama berlaku dan masih berlarutan sehingga sekarang. Jadi Murai MY senaraikan 4 punca pergaduhan yang berlaku di antara mereka.
ARTIKEL MENARIK:Bekas Pemain Kedah, Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun RM2,000 Lelaki Ziarah Kubur
#1 Dakwa Lan Solo Tumpang Populariti
Menerusi IGLive yang dibuat oleh isteri Lan Solo, Sheila Razlan mendedahkan mereka telah menganggap Nana seperti ahli keluarga sendiri. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mereka mendengar cerita bahawa Nana mendakwa Lan mahu menumpang popularitinya.
Foto – MStar
#2 Burukkan Nama Pada Pihak Produksi
Selain itu, Lan Solo dan isterinya juga diberitahu oleh pihak produksi bahawa mereka telah memfitnah Nana dengan menyebarkan cerita-cerita palsu. Akui Sheila, dia tidak pernah menceritakan apa-apa isu pada pihak produksi untuk memburukkan Nana.
Foto – Keluarga / Beautiful Nara
“Saya dan Lan ambik keputusan untuk unfollow Nana dan Anas (manager Nana). Cukup kami diburuk-burukkan. Bila sampai ke production, kami pula dikata fitnah dia. Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak”, kongsinya.
#3 Isu Makan Tak Bayar
Tambah Sheila, dia berasa terkilan apabila Nana menceritakan pada orang lain bahawa mereka tidak pernah membayar atau memberikan wang sekiranya keluar makan bersama.
Foto – Utusan / Kosmo
“Saya terkilan bab makan sebab tu darah daging. Kami makan dekat satu restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja itupun saya hulur. Dia kata kami makan tak bayar dan tunggu duit dia sahaja. Padahal kami bayar lebih lagi. Sampai saya fikir part mana saya tak bayar”, dedah Sheila.
Malah dia juga berasa terkejut mendengar cerita bahawa hanya menunggu Nana menghulurkan wang untuk membayar makanan mereka. Sheila juga berkata dia dan suaminya sering menghulurkan wang untuk membayar makanan mereka, malah jumlahnya lebih daripada sepatutnya.
#4 Periuk Nasi Ditutup
Untuk pengetahuan kamu, Syura Badron dan Nana merupakan rakan baik. Ujar penyanyi ini, dia berasa kecewa apabila mendengar cerita yang kurang enak yang disampaikan oleh Nana kepada orang lain. Dedah Syura, disebabkan oleh cerita tersebut, pihak produksi tidak mahu memberikan kerja padanya.
Foto – TV3 / Meecks
“Semua benda kami buat bersama dengan dia, dia akan rasa kami nak menumpang populariti dia. Padahal kami tak ada niat macam ni. Stop la bagitahu pihak production pasal kami. Cuba jumpa kami, kami okay ja”, dedah Syura.
Dia juga berharap rakannya itu tampil bersua dan berbincang dengannya untuk mengenai isu yang berlaku di antara mereka. Tetapi Syura mendakwa Nana hanya mendiamkan diri tanpa berkomunikasi dengannya.
Foto – The Star
Kredit -Murai MY.
Post a Comment