Lauk paru, udang, ayam RM2 je.Peniaga tk sangka ‘dapat susah’ selepas jual nasi lemak murah, terima mesej

Lauk paru, udang, ayam RM2 je.Peniaga tk sangka ‘dapat susah’ selepas jual nasi lemak murah, terima mesej

“NIAT saya cuma nak tolong suami tambah pendapatan, tapi tak sangka pula jadi begini.”

Lauk paru, udang, ayam RM2 je.Peniaga tk sangka ‘dapat susah’ selepas jual nasi lemak murah, terima mesej



Inilah luahan seorang peniaga yang tidak menyangka tindakannya menjual nasi lemak pada harga murah telah mengundang kemarahan, malah dia dituduh menutup periuk nasi peniaga lain.

ARTIKEL MENARIK:‘Alhamdulillah, Dia Ingat Semua’- Aktivis Dedah Keterangan Bella Kini Sudah Diambil


Kisah ini bermula pada Isnin apabila peniaga wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zainab menerima mesej berbaur ugvtan, memintanya supaya berhenti berniaga nasi lemak atas alasan nasi lemak yang dijualnya pada harga murah telah menarik minat pelanggan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga lain.

Menurut Zainab, 56, dia baru sahaja membuka gerai nasi lemak sekitar sebulan lalu. Sebelum ini dia dan suami yang merupakan pesara tentera menjalankan perniagaan sate di Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Sebelum ini saya dan suami hanya jual sate di pasar malam. Tetapi faham-fahamlah sejak pandemik ni pendapatan pun tak berapa memberangsangkan,

“Saya berniaga sate sejak 2001 lagi. Selalunya jual sate saya boleh dapat dalam 1,000 cucuk sehari tetapi sejak C0vldl9 ni nak cecah 1,000 cucuk sangatlah susah.

“Jadi pada waktu pagi saya sediakan sate dan waktu petang pula saya tambah pendapatan dengan menjual nasi lemak di depan rumah,” cerita Zainab ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun, Zainab terkejut apabila nasi lemak murah yang dijualnya telah menyebabkan ada pihak berasa tidak senang kerana menganggap tindakannya itu seolah-olah mer4mpas pelanggan sedia ada mereka.

Mesej yang diterima Web Zainab selepas sebulan menjalankan perniagaan nasi lemak.

“Terkejut saya bila terima mesej macam to sebab saya tak terfikir langsung nak tutup perniagaan orang lain. Kalau nak tahu, saya jual nasi lemak dengan harga RM2 sahaja,

“Saya penggemar nasi lemak. Saya pun tk suka kalau beli nasi lemak tetapi isinya sedikit. Jadi saya tambah udang, paru, ayam kerana pada pengiraan saya, saya masih lagi dapat pulangan walaupun dijual dengan harga begitu.

“Orang kata cara saya berniaga macam nak bunvh orang lain yang buat bisnes sama.

“Lebih menyedi.hkan, saya dibgut supaya berhenti berniaga dan jangan gang.gu peniaga lain berniaga di situ. Suami nak telefon orang yang kirim mesej tu tapi saya l4rang dan minta dia bersabar sahaja,” luah Zainab.

Sed.ih dengan tohmahan yang dilemparkan, Ibu kepada enam cahaya mata ini berkata dia tidak pernah berniat bvruk terhadap peniaga lain malah memahami keadan peniaga yang terjejas mata pencarian akibat pandemlk.

“Saya dan keluarga pun terjejas pendapatan. Mana mungkin saya tk fikir keadaan orang lain. Sedih saya bila orang anggap saya begitu sedangkan saya pun nak mencari rezeki

“Tujuan saya tunjukkan foto perbualan tersebut bukanlah untuk membuka ai.b individu yang marah saya tu. Saya cuma nak minta maaf jika benar ada peniaga yang terjejas pendapatannya kerana saya,” ujar Zainab.



Loading...


Menurut Zainab, bagaimanapun dia tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan sebolehnya mahu menganggap is sudah selesai walaupun pengirim mesej tersebut tidak meminta maaf kepadanya.

“Saya minta maaf dan saya dah maafkan dia, jika dia tak maafkan saya itu terpulang pada dia, saya tak nak besarkan isu ni,” katanya.

Ditanya tentang perasaan dan emosinya selepas menerima mesej seperti itu, Zainab mengaku pada awalnya berasa sedih dan agak m4rah dengan kata-kata yang dilemparkan.

“Tipvlah tidak sedih sebab saya dianggap begitu. Tiba-tiba timbul rasa bers4lah dalam diri adakah tindakan saya betul.

Namun saya faham, dalam waktu yang sukar ini semua orang terk3san dan tert3kan. Mungkin tanpa sedar mereka tak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati,

“Selepas saya muat naik gambar perbualan tersebut di grup Facebook, saya tak berani nak buka ruangan komen. Saya takut saya tak boleh terima dan beremosi,” katanya.

Dalam pada itu Zainab amat bersyukur kerana hasil jualan nasi Iemaknya cukup untuk membayar segala komitmen keluarga.

“Alhamdulillah tak sangka nasi lemak saya diterima dan disukai ramai walaupun saya baru mula menjual. Mula-mula dapat jual dalam 70 hingga ke 100 bungkus sahaja dan ketika ini sudah meningkat sehingga 150 ke 200 bungkus,

“Pendapatan kami dulu bergantung sepenuhnya dari hasil jualan sate. Pada waktu ini mana ada tempahan yang banyak sebab tiada majlis atau jamuan besar yang boleh dilakukan. Mujur hasil wang jual nasi lemak dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Selepas apa yang berlaku Zainab mengangap ini hanyalah ujian yang perlu ditempuhi sebagai seorang manusia.

“Saya anggap ini asam garam sebagai seorang peniaga. Moga semua kuat hadapai keadaan ketika ini, saya doakan,” kata Zainab menutup perbualan.

Sumber : mstar  via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post