Jiran Temui Mayat Pesara Tentera Dalam Perigi.

Jiran Temui Mayat Pesara Tentera Dalam Perigi.

LARUT – Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah perigi berhampiran rumahnya di Kampung Relang, Batu Kurau di sini pada Rabu.

Jiran Temui Mayat Pesara Tentera Dalam Perigi.



Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, Azman Ahmad, 59, disedari penduduk kampung yang kebetulan terlihat kain pelekat dan kasut milik mangsa berada berhampiran perigi terbabit.

ARTIKEL MENARIK:BPR Tambahan dibayar secara berperingkat hari ini


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa yang tinggal seorang diri dipercayai telah keluar dari rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada malam Selasa sebelum dijumpai dalam perigi itu.

“Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terjumpa mayat lelaki yang dikenali dalam perigi itu.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati, terdapat air dalam perigi itu dengan kedalaman hampir tujuh meter.

Bagaimanapun dengan bantuan anggota bomba, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira 15 minit,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal terhadap mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.



Loading...


Katanya, berdasarkan laporan perubatan, mangsa merupakan pesakit mental yang mengalami kemurungan dan pernah mendapat rawatan dari Hospital Taiping.

“Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk ujian Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.

Dalam pada itu, panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau pada jam 5.39 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota menggunakan tali dan tangga serta stretcher untuk menaikkan mangsa dari dalam perigi itu.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi selesai pada jam 7.44 malam,” katanya.

Sumber : SH




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post