Israel Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Tertanya Nasib Miss Universe Malaysia

Israel Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Tertanya Nasib Miss Universe Malaysia

Menerusi hantaran terbaharu akaun Miss Universe pada Selasa di media sosial, penganjurnya telah mengumumkan bahawa lokasi bagi pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2021 bakal diadakan di Ilyat, Israel.

Israel Tuan Rumah Miss Universe 2021, Netizen Tertanya Nasib Miss Universe Malaysia





ARTIKEL MENARIK:Dipenjara Kerana Hina Nabi, Ini Kisah Aktres Veena Malik Yang Ramai Tak Tahu


Bakal Berlangsung Pada Disember

Bagi edisi yang ke-70, Miss Universe kali ini dijadualkan berlangsung pada Disember 2021. Susulan daripada itu,pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet mengenai tanggapan lokasi tersebut. Ada yang berasa teruja dan tidak kurang juga pelbagai kecaman telah diberikan di laman Twitter.



Loading...


Ramai Yang Boikot, Apa Nasib Miss Universe Malaysia?


Beranggapan bahawa lokasi tersebut hanya bakal memberi risiko kepada peserta Miss Universe kelak, rata-rata daripadanya turut tertanya akan nasib Miss Universe Malaysia, Indonesia serta beberapa negara lain untuk menghantar wakil ke pertandingan ini. Seperti sedia maklum, Malaysia dan Indonesia antara negara yang mengkritik keras atas tindakan Israel sebelum ini yang menyerang Palestin sehingga mengorbankan ramai nyawa yang tidak berdosa.


Menerusi carian Murai.my, tanda pagar #BoycottMissUniverse mula dijalankan oleh warganet sebagai tanda protes penganjuran Miss Universe kali ini di Israel.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post